Tembaga pencawang lesap, rugi RM25,000

BEAUFORT: Kehilangan komponen tembaga bernilai kira-kira RM25,000 di Pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Bandar Mingo, di sini, dipercayai akibat dicuri. Kejadian disedari selepas pintu pencawang terbabit ditemukan mempunyai kesan umpil, manakala komponen membabitkan ‘busbar earthing’ dan sambungan ‘busbar’ dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu […]
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam bilik

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Pasir, Labuan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 4.20 petang. Superintendan Khairul Shah Peri. Menurutnya, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia […]
Selisih faham di tempat kerja, lelaki ditahan ugut rakan sekerja

TAWAU: Perselisihan faham berkaitan urusan kerja dipercayai menjadi punca seorang wanita diugut rakan sekerjanya di sebuah pusat fisioterapi di Jalan Kabota, di sini semalam. Susulan laporan dibuat mangsa berusia 20 tahun, polis menahan lelaki berusia 32 tahun itu di tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Leeka, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana […]
Para SUKMA: Sabah kuasai para olahraga, tiga rekod kebangsaan tercipta

SHAH ALAM: Kontinjen Sabah terus mendominasi saingan para olahraga Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Selangor 2026 selepas meraih 14 pingat emas di Stadium UiTM Shah Alam di sini, pada Isnin. Antara penyumbang emas ialah Eljoe Gotuoh yang mengungguli acara lompat kijang T20 lelaki (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 13.95 meter (m), manakala Hazmi Bistani menjuarai […]
989 pelajar di Labuan berdepan masalah kehadiran, pengangkutan antara isu utama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 989 pelajar daripada 25 sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan dikenal pasti berdepan masalah kehadiran ke sekolah dengan isu pengangkutan antara faktor utama yang direkodkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata sebagai permulaan, sebanyak 437 pelajar di enam sekolah akan dibantu melalui Kemudahan Pengangkutan Pelajar ke Sekolah di Wilayah […]
Berebut penumpang, dua pekerja bas bertumbuk

KOTA KINABALU: Perselisihan faham berkaitan urusan mendapatkan penumpang dipercayai menjadi punca dua pekerja syarikat bas bertumbuk di Terminal Bas Inanam, di sini. Kejadian jam 11.54 pagi Jumaat lalu itu membabitkan dua lelaki berusia 38 dan 37 tahun yang bertumbuk menggunakan tangan tanpa sebarang senjata. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, […]
Isteri mahu cerai, suami ugut dengan parang

TAWAU: Hasrat seorang wanita mahu bercerai dipercayai menjadi punca dia diugut suaminya menggunakan parang di kawasan pusat pemeriksaan Kilometer 52, di sini, Jumaat lalu. Mangsa warga asing berusia 30-an turut bergelut dengan suspek bagi merampas parang berkenaan sebelum membuat laporan polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, ketika kejadian, pasangan itu […]
Dua rumah musnah dalam kebakaran

SIPITANG: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ranau – Ranau, di sini, petang tadi. Kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal dan sebuah lagi rumah tidak kekal yang masing-masing musnah 95 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Penolong Penguasa Bomba Desmond Micky @ Dominic berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang. Katanya, […]
Lelaki cedera jari tersepit dalam mesin pengisar ikan

SANDAKAN: Seorang lelaki cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar dalam kejadian di sebuah kilang pemprosesan ikan, di Batu 3, di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 26 tahun terpaksa menahan kesakitan sebelum pasukan bomba tiba untuk melepaskan jarinya menggunakan peralatan khas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan […]
Kos sara hidup pengaruhi keputusan anak muda berkahwin, miliki anak – Nancy

KUCHING: Kos sara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi keputusan golongan muda untuk berkahwin dan mempunyai anak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata golongan muda kini lebih berhati-hati serta membuat perancangan dari segi kemampuan ekonomi sebelum berkahwin dan membina keluarga. “Terdapat golongan yang memilih untuk tidak mempunyai anak […]