SMJ 2.0 tumpu pembangunan modal insan – KM

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembangunan modal insan terus diberikan penekanan dalam fasa baharu pembangunan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan anak-anak Sabah memiliki ilmu, kemahiran dan keupayaan untuk menghadapi keperluan masa depan, selaras dengan Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat sebagai Teras […]
Sabah layak dapat hingga 13 kerusi baharu Parlimen – Masiung

KOTA KINABALU: Sabah layak mendapat tambahan sehingga 13 kerusi Parlimen bagi mencapai nisbah satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata jumlah itu perlu dibincang di Kabinet negeri sebelum dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau turut menjangkakan berlaku pertambahan kerusi DUN […]
SCOMM berpotensi perluas infrastruktur digital Sabah melalui kerjasama strategik – Ewon

KOTA KINABALU: SEDCO Communications Sdn Bhd (SCOMM) berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam memperluas infrastruktur digital Sabah melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pemilik premis dan sektor swasta. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri berkata, sebagai entiti berkaitan Kerajaan Negeri di bawah Kumpulan SEDCO, SCOMM boleh […]
Pickleball buka ruang Beliawanis Gagasan Rakyat dekati komuniti, wanita muda

PUTATAN: Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah menggunakan sukan pickleball sebagai ruang untuk mendengar pandangan komuniti dan merancang program yang boleh memenuhi keperluan wanita muda. Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang, berkata Pertandingan Beliawanis Fun Pickleball di sini, Sabtu lalu, adalah penganjuran pickleball pertama pihaknya sejajar minat anak muda terhadap sukan berkenaan. “Kita kena […]
Jadikan Tun Siti Hasmah inspirasi isteri pemimpin – Ewon

KOTA KINABALU: Sumbangan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali boleh dijadikan inspirasi terutama kepada isteri pemimpin dalam melengkapkan peranan suami memimpin negara. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick menyifatkan Siti Hasmah yang meninggal dunia pagi tadi sebagai seorang isteri yang banyak menyumbang dalam kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Berikutan itu, Ewon […]
Pengarah syarikat perlombongan emas, penjawat awam mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM18,000

KOTA KINABALU: Seorang Pengarah Eksekutif sebuah syarikat berkaitan perlombongan emas dan penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri, masing-masing mengaku tidak bersalah memberi dan menerima suapan berjumlah RM18,000 antara April hingga Oktober 2025. Kedua-dua tertuduh berumur 60 tahun itu, Chong Tzu Khen, dan Robert Robin Millip membuat pengakuan di hadapan Hakim Andi Razalijaya A Dadi […]
Kelajuan Sheng Shu-Ning jadi pemisah buat Pearly-Thinaah

AICHI: Kelajuan tempo permainan yang konsisten pada set penentuan menjadi pemisah buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, pada separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini. Dalam aksi di Ichinomiya City Municipal Gymnasium itu, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking […]
Tun Dr Siti Hasmah, doktor wanita melayu terawal, pejuang kesihatan awam luar bandar

KUALA LUMPUR: Di sebalik susuk dirinya sebagai pendamping setia Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencipta legasi tersendiri sebagai antara doktor wanita Melayu terawal yang banyak menyumbang kepada pembangunan kesihatan awam negara, sebelum sumbangannya turut merentas ke peringkat antarabangsa. Sepanjang kerjayanya, Dr Siti Hasmah atau nama sebenarnya Hasmah Mohd Ali, […]
Anwar, Zahid zahir takziah, kenang jasa Tun Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Jasa dan khidmat bakti Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepada negara wajar dikenang, khususnya sumbangannya dalam kerja kebajikan serta keprihatinannya terhadap masalah rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Allahyarham dikenali sebagai negarawan yang aktif melaksanakan kerja kebajikan dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu serta permasalahan rakyat ketika suaminya, Tun Dr Mahathir […]
Maritim tahan bot tunda bawa 10,000 liter diesel tanpa dokumen

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan sebuah bot tunda yang membawa kira-kira 10,000 liter minyak diesel tanpa dokumen sah di perairan Sandakan, awal pagi semalam. Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot tunda berkenaan dikesan pasukan operasi ketika sedang bergerak di perairan terbabit sebelum diarahkan berhenti […]