Empat rumah teres terbakar

TUARAN: Empat rumah teres dua tingkat terbakar di Lorong 10, Taman D Sri Gayang, di sini, tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Kurong Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari. Katanya, seramai 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit […]
Kawal pintu sempadan, elak vape magic mushroom, zombi masuk Sabah – Masiung

KOTA KINABALU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama polis dan Jabatan Imigresen digesa memperketat kawalan pintu masuk ke negeri ini bagi menyekat kemasukan dadah dalam bentuk perisa rokok elektronik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata sebelum ini perisa rokok elektronik atau vape dipanggil ‘magic mushroom’ dikenal pasti sebagai dadah sintetik baharu, disusuli […]
Sabah Electricity pastikan bekalan lancar sepanjang penutupan gas di SOGT Kimanis

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang penutupan sumber gas dari Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, bermula esok. Menerusi satu kenyataan, syarikat utiliti itu berkata penutupan sumber gas itu disebabkan kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan PETRONAS di SOGT bermula esok hingga 28 […]
Jambatan Bailey di Tanjung Lipat dibuka untuk kenderaan ringan

KOTA KINABALU: Jambatan sementara yang dibina berikutan kerosakan struktur jambatan sedia ada di KM2.85 Jalan Tun Fuad Stephen, Tanjung Lipat, di sini, dibuka bermula jam 12 tengah hari tadi (Jumaat). Berdasarkan notis dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, jambatan sementara jenis Bailey itu bagaimanapun tidak dibenarkan untuk kegunaan kenderaan berat dan tinggi, dengan had berat […]
AWCL: Misi ‘do or die’ lawan East Bengal FC – Bobby

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FA, Bobby Gonzales menyifatkan pertemuan pasukan bimbingannya dengan East Bengal FC dari India, Ahad ini, sebagai misi ‘do or die’. Katanya, perlawanan akhir Kumpulan A aksi Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 itu pasti sangat mencabar bagi anak buahnya. Beliau berkata, misi itu terpaksa dilalui dan lebih penting […]
Masuk semula selamatkan nenek, bapa saudara

KOTA KINABALU: Sudah berjaya menyelamatkan diri, namun kasih terhadap nenek dan bapa saudara menyebabkan Nurul Asyiqin Alinor, 29, nekad masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar. Bagaimanapun, usaha terakhir wanita itu berakhir dengan tragedi apabila dia terperangkap sebelum ditemukan rentung bersama neneknya, Loupin Adow, 67, dan bapa saudaranya, Azman Maduin, 50. Menurut penduduk Kampung […]
Tiga sekeluarga rentung, seorang melecur dalam kebakaran rumah

KOTA KINABALU: Seorang warga emas bersama anak lelaki dan cucunya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Darau, Menggatal, di sini, awal pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Loupin Adow, 67; anaknya, Azman Maduin, 50; dan cucunya, Nurul Asyiqin Alinor, 29. Suami kepada Nurul yang berusia 34 tahun pula mengalami kecederaan melecur sebelum dibawa ke […]
144 PATI dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 144 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau dalam Program Pemindahan Tahanan PATI, hari ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, semua tahanan terbabit dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan sebelum dibawa ke Pelabuhan Tawau. “Mereka kemudian […]
AWCL: Sabah diasak Rajshahi Stars dari Bangladesh sebelum menang tipis 2-1

KOTA KINABALU: Sabah FA berdepan saingan sengit Rajshahi Stars FC dari Bangladesh untuk menang tipis 2-1 pada perlawanan keempat Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 bagi Kumpulan A di Stadium Likas, di sini, malam ini. Kedua-dua gol Sabah itu dijaringkan penyerang importnya, Enzi Hekima Starks Broussard, masing-masing pada minit ke-41 dan minit ke-79. […]
SUKMA XXII : Evan Rich hadiah emas ke-13 Sabah

KAJANG: Pemanah muda Sabah, Evan Rich Chong Qi Wei, muncul penyumbang terbaharu kontinjen negeri itu apabila menghadiahkan pingat emas ke-13 menerusi acara recurve perseorangan lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini. Beraksi di Stadium Institut Penilaian Negara (INSPEN), pemanah berusia 18 tahun itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan wakil tuan rumah, Muhammad […]