BN-PN menang pilihan raya Negeri Sembilan

KOTA KINABALU: Gabungan Barisan Nasional (BN) – Perikatan Nasional (PN) memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya Negeri Sembilan selepas memperolehi 25 daripada 36 kerusi pada Sabtu. Daripada jumlah itu, BN mendahului di 18 kerusi, manakala PN di tujuh kerusi. Keputusan tidak rasmi itu sekali gus menidakkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kerajaan negeri […]
Sabah dapat 40 peratus menerusi projek fasiliti gas terapung

KALABAKAN: Kerajaan Sabah dijangka mendapat 40 peratus bahagian menerusi projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di Sabah yang bakal ditandatangani dengan PETRONAS tidak lama lagi. Perkembangan baharu itu dikongsikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang menyifatkannya sebagai antara kejayaan penting hasil kerjasama baik kerajaan negeri dengan Persekutuan. Beliau berkata, ia […]
Tular heret kabel, dua suspek akhirnya diberkas

PAPAR: Selepas hampir dua minggu diburu, dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tular mengheret kabel menggunakan sebuah Perodua Bezza akhirnya diberkas polis dalam serbuan di sebuah pondok kebun di Kampung Surapit, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, polis bukan sahaja menahan kedua-dua suspek, malah merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan […]
Kerajaan komited perkukuh pembangunan negeri menerusi SMJ 2.0

KOTA KINABALU: Kerajaan komited memperkukuhkan agenda pembangunan negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 sebagai kesinambungan usaha membina sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’. “Hala […]
Laluan dari bandar raya Kota Kinabalu menuju ke Teluk Likas ditutup sementara

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengumumkan penutupan serta-merta sebuah jambatan di Kilometer 2.850, Jalan Tun Fuad Stephen bermula jam 12 tengah hari hari ini selepas pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan. JKR Sabah dalam satu notis awam memaklumkan, tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna […]
PPM tumpaskan stor rokok seludup di Tenom

TENOM: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas 134,600 batang rokok disyaki tidak bercukai bernilai lebih RM167,520 dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Amboi, di sini, semalam. Dalam operasi jam 8.20 pagi yang dijalankan bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom itu, seorang lelaki yang […]
ESSCOM bongkar pelbagai kegiatan haram, 25 PATI ditahan

SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membongkar pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang menerusi operasi bersepadu selama dua hari di beberapa lokasi sekitar daerah ini. Operasi pada 29 hingga 30 Julai itu menyaksikan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, selain tindakan penguatkuasaan, rampasan dan kompaun membabitkan nilai keseluruhan RM433,077. Operasi yang dijalankan di Jalan Istana, Kampung […]
Kerjasama Yayasan Sabah, IJN tambah tenaga pakar kesihatan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil inisiatif memperluaskan peluang pendidikan dalam bidangpenjagaan kesihatan menerusi kerjasama Yayasan Sabah dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan Kolej Universiti IJN. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata menerusi kerjasama itu, seramai 30 anak Sabah akan dipilih mengikuti program pembangunan bakat dalam bidang penjagaan kesihatan pada tahun ini. Katanya, ia merangkumi […]
Stadium Likas dipilih semula venue AFC Women Champions League

KOTA KINABALU: Stadium Likas, sekali lagi dipilih sebagai venue Pusingan Kelayakan Kumpulan A, kejohanan AFC Women’s Champions League 2026 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos 2026. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah, berkata kejohanan itu membabitkan empat pasukan iaitu East Bengal FC dari India, Sabah FA dari Malaysia, Rovers […]
Pemuda GRS komited jadi suara anak muda Sabah – Jonnybone

KOTA KINABALU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk terus menjadi suara anak muda Sabah dengan memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat. Ketuanya, Datuk Jonnybone J Kurum, berkata ia termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan, pembangunan modal insan dan penyediaan infrastruktur serta kemudahan asas yang lebih baik. “Pemuda GRS juga akan terus mendukung agenda pembangunan […]