‘Pondan’ pengedar ekstasi dicekup ketika hantar bekalan

PENAMPANG: Berpenampilan wanita dan bergerak menggunakan sebuah kereta elektrik, namun di sebalik penampilan itu, lelaki berusia 34 tahun ini dipercayai aktif membekalkan ekstasi kepada pelanggan pusat hiburan sekitar Penampang dan Kota Kinabalu. Kegiatannya terbongkar apabila dia dicekup ketika dipercayai sedang menghantar bekalan dadah kepada pembeli di Jalan Pintas, di sini, jam 10.40 malam, semalam. Suspek […]

Jawatankuasa khas perlu diwujudkan kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diwujudkan bagi mengkaji cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata kajian turut meliputi penetapan garis masa untuk ia dilaksanakan. Beliau berkata jawatankuasa […]

Kapasiti asrama SMK Majakir, Papar meningkat kepada 300 pelajar

PAPAR: Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat kepada 300 pelajar berbanding 160 sebelum ini menerusi pembinaan blok asrama baharu bernilai RM18.23 juta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata penyerahan projek pembinaan blok baharu asrama sekolah itu, merupakan manifestasi keprihatinan […]

HASiL perkukuh jaringan media Sabah, Tingkat Kefahaman Dan Kepercayaan masyarakat

KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh kerjasama dengan pengamal media di Sabah bagi memastikan perkembangan serta perubahan sistem percukaian dapat difahami dengan tepat dan jelas oleh masyarakat. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata peranan media amat penting dalam membantu masyarakat memahami perubahan landskap percukaian, khususnya ketika sistem percukaian […]

Peletakan jawatan Loke, PM tunggu surat

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. “Tunggu surat (peletakan jawatan),” katanya ringkas bagi mengulas berhubung hasrat Loke untuk meletak jawatan Kabinet itu, pada Isnin. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama dengan Perdana Menteri […]

Formula perwakilan satu pertiga Sabah, Sarawak perlu diperhalusi – Nancy

KUCHING: Formula berdasarkan nisbah satu pertiga bagi perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat perlu diperincikan terlebih dahulu sebelum sebarang jumlah penambahan kerusi Parlimen ditentukan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata isu berkenaan telah disuarakan oleh beliau bersama-sama beberapa pemimpin Sarawak, termasuk dalam Kabinet, namun tumpuan sebelum ini lebih diberikan […]

Elak buah sawit bertaburan, tiga kenderaan kemalangan di Semporna

SEMPORNA: Tujuh individu cedera selepas tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika cuba mengelak buah kelapa sawit yang bertaburan di Jalan Simpang 4 Kalumpang, Semporna – Tawau, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.52 pagi. Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas […]

Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Sarawak sehingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan semua negeri kecuali Sarawak, sehingga jam 5 petang ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang. Di Kedah, kawasan yang terjejas melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota […]

Sabah lokasi pertama lancar Program Literasi Pertahanan Nasional

KOTA KINABALU: Sabah dipilih sebagai lokasi pertama pelancaran Program Literasi Pertahanan Nasional yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan mereka dalam memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedudukan strategik Sabah yang bersempadan dengan dua negara jiran serta terdedah kepada perkembangan keselamatan di Laut China Selatan dan Laut Sulu […]

Malaysia tidak boleh pasif hadapi peningkatan aktiviti ketenteraan Filipina: Khaled

KOTA KINABALU: Malaysia tidak boleh kekal pasif berdepan peningkatan aktiviti ketenteraan Filipina, khususnya dalam persaingan strategik yang semakin berkembang di Laut China Selatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun Filipina mempunyai hak untuk memperkukuh keupayaan pertahanan dan meningkatkan penempatan ketenteraan, Malaysia juga perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memperkukuh kedudukan pertahanan di Sabah. […]