Program Ikan Rakyat Sabah pastikan bekalan ikan cukup, bantu ekonomi nelayan

LABUAN: Program Ikan Rakyat Sabah (IRS) yang dilaksanakan SAFMA memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara menerusi penyediaan bekalan ikan segar dan berkualiti pada harga mampu milik kepada rakyat. Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar, berkata program itu diwujudkan bagi memastikan semua lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mendapat akses kepada sumber protein […]

Hajiji cadang Muzium Mini Penjawat Awam Sabah

KOTA KINABALU: Sebuah Galeri atau Muzium Mini Penjawat Awam dicadang diwujudkan bagi mengenang jasa dan mempamerkan pencapaian Perkhidmatan Awam Negeri di bawah setiap Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). Mencadangkan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata galeri itu boleh mempamerkan segala dokumen, teks ucapan dan memorabilia berkaitan mantan SKN, termasuk rekod pencapaian dan kejayaan […]

Cawangan Siasatan & Pendakwaan juara keseluruhan kejohanan badminton BSPT IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Cawangan Siasatan dan Pendakwaan muncul juara keseluruhan Kejohanan Badminton Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 2026 selepas mengungguli dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung di Dewan IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam. Kejohanan yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang […]

Tawau diisytihar kawasan bencana banjir

TAWAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi yang meningkatkan risiko limpahan air di beberapa kawasan. Pengerusi JPBD Tawau, Mohd Shoffian Mohd Said berkata, pengisytiharan bencana itu berkuat kuasa pada jam 8.30 pagi bagi membolehkan semua agensi berkaitan menggerakkan tindakan […]

48 mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS di Tawau

TAWAU: Seramai 48 penduduk yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tanjung Batu Keramat di sini berjaya dipindahkan ke sebuah masjid berhampiran yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 3.10 pagi […]

Dua ahli korporat syarikat beroperasi di Sabah raih anugerah berprestij Golden Bull Awards 2026

KOTA KINABALU: Dua ahli korporat sebuah syarikat tempatan bertaraf antarabangsa, di sini, menempa kejayaan dalam dunia korporat di peringkat kebangsaan apabila meraih anugerah berprestij Golden Bull Awards 2026 pada majlis penganugerahan yang berlangsung di ibu negara, malam tadi. Anugerah itu menjadikan kedua-dua mereka, Datuk Seri Mossco Woo Chin Teck dan Subha Sathiamoorthy Maraiah yang kini […]

500 pelajar sekolah menengah menjadi “Duta Keselamatan” di Labuan

LABUAN: Seramai 500 pelajar Tingkatan Tiga daripada 11 sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Kempen Kesedaran Keselamatan “Let’s Be Safe” bagi memupuk budaya keselamatan dalam kalangan generasi muda. Program tajaan penuh syarikat minyak dan gas Hibiscus Petroleum itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba […]

Stor barang kawalan di pulau diserbu, gula, minyak masak dan tepung disita

KUDAT: Sebuah lokasi penyimpanan barang kawalan di Pulau Sibogoh, Pulau Banggi, di sini, diserbu selepas disyaki dijadikan tempat menyimpan bekalan dalam kuantiti besar berhampiran sempadan negara. Serbuan menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Kudat itu dijalankan hasil risikan berkaitan aktiviti […]

Lelaki ditahan ugut ahli keluarga guna objek berbahaya

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengugut ahli keluarganya menggunakan beberapa objek berbahaya dalam kejadian di Kampung Kilugus, Menumbok, di sini. Suspek dipercayai melakukan ugutan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa ketakutan dan bimbang terhadap keselamatan diri serta ahli keluarga lain. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, bertindak atas laporan diterima, anggota dari Balai […]

Tanda tanya mayat bersama motosikal dalam parit akhirnya terungkai

KOTA BELUD: Tanda tanya penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di dalam parit di Jalan Kota Belud-Kota Marudu berhampiran Kampung Tambilaung, di sini, Selasa lalu, akhirnya terungkai apabila mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mangsa berusia 41 tahun dipercayai hilang kawalan ketika menunggang motosikal dari arah Kota Marudu menuju Kota Belud sebelum terbabas […]