Lelaki didakwa edar 74.8 kg syabu

TAWAU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 74.87 kilogram (kg). Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan letak kereta sebuah bangunan di Jalan Tun Hamdan, di sini, pada 12 Julai lalu. Tertuduh, Sopian Mustafa, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don […]
Kes bayi ditemui dalam semak, remaja lelaki direman bantu siasatan

TAWAU: Seorang remaja lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, di sini, pada Selasa. Permohonan reman terhadap remaja berumur 17 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Tawau pada Rabu yang dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat […]
Seluar dalam isteri hilang dari ampaian, suami buat laporan polis

TAWAU: Kehilangan beberapa helai pakaian dalam wanita yang dijemur di luar rumah membongkar perbuatan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencuri barangan berkenaan di Kampung Haji Matahir, di sini. Kejadian disedari seorang lelaki berusia 47 tahun apabila mendapati beberapa helai pakaian dalam milik isterinya yang dijemur di luar rumah tiba-tiba hilang sebelum tampil membuat laporan […]
Pekerja, pengunjung cemas keluar selamatkan diri selepas kebakaran di pasar raya

KOTA KINABALU: Pekerja dan pengunjung sebuah pasar raya di Kolombong, di sini, bergegas keluar menyelamatkan diri selepas kebakaran tercetus di bahagian medan selera premis berkenaan, hari ini. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur memasak sebuah gerai sebelum api merebak ke sistem pengudaraan (ventilation) bangunan Bataras Hypermarket Kolombong. Bagaimanapun, tindakan sistem sprinkler automatik bangunan membantu mengawal […]
Sidang DUN: Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau dijangka siap Mac 2027

KOTA KINABALU: ProjekMuzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau kini dalam fasa pelaksanaan semula membabitkan peruntukan RM3.5 juta. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata kerajaan melantik kontraktor baharu bagi meneruskan projek itu yang bermula pada 4 Mac 2025. Katanya, tempoh pelaksanaan projek berkenaan mengambil masa selama […]
Sidang DUN: Kuasa JIM Sabah kawal pintu masuk negeri, keluar notis NTL – pendirian kerajaan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tetap dengan pendirian untuk mengekalkan kuasa Jabatan Imigresen negeri sebagai agensi mengawal pintu masuk di Sabah dan mengeluarkan notis Not To Land (NTL). Ia punca kerajaan negeri membuat keputusan menangguhkan pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia 2024 (Akta 860) yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan. Pembantu Menteri […]
Sidang DUN: 18 kes kecurian kabel di KK dan Karambunai sejak 2025

KOTA KINABALU: Sebanyak 18 kes kecurian kabel dikesan di sekitar Kota Kinabalu dan DUN Karambunai sepanjang tahun lalu hingga Jun tahun ini. Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Ruddy Awah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes dilapor pada tahun lalu, masing-masing tujuh kes di Kota Kinabalu dan enam kes di DUN Karambunai. […]
Lelaki maut tersepit dalam kemalangan dua kenderaan

BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di lebuh raya Pan Borneo di Kampung Lumat, di sini, pagi ini. Mangsa berusia 45 tahun yang tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan […]
Sidang DUN: Perbelanjaan kerajaan ikut kemampuan kewangan negeri – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sentiasa mengamalkan dasar fiskal yang berhemat dan berdisiplin dengan memastikan setiap perbelanjaan dibuat berdasarkan kemampuan kewangan negeri. Menegaskan perkara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Belanjawan Sabah dirangka berasaskan unjuran hasil yang realistik bagi memastikan kerajaan terus mencatat lebihan belanjawan atau surplus budget’. “Jumlah keperluan sebenar bagi menampung […]
Sidang DUN: Aliakbar bangkit isu air, PTI, setinggan di Karambunai

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan menuntut jawapan dan tindakan tegas kerajaan berhubung pelbagai isu yang berlaku di kawasannya, termasuk masalah air, pendatang tanpa izin (PTI) dan setinggan. Beliau membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa, sambil menegaskan […]