Sidang DUN: Pasukan Renjer Pengiring Gajah bantu tangani gangguan gajah

KOTA KINABALU: Pasukan Renjer Pengiring Gajah diwujudkan di kawasan terjejas atau hotspot berlaku konflik gajah sebagai pendekatan menangani konflik manusia-gajah di Sabah. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata usaha itu dilaksanakan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) menerusi pembabitan komuniti setempat yang akan dilatih berkaitan kaedah menangani […]

Sidang DUN: Teliti CJN galak syarikat buat aktiviti hiliran di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri kini dalam proses untuk meneliti semua Cukai Jualan Negeri (CJN) dalam usaha menggalakkan syarikat membuat aktiviti hiliran di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kajian mengenai perkara itu dibuat, termasuk sudah mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan. “Kita dalam proses meneliti semua CJN yang dikenakan pada masa […]

Penunggang basikal maut dirempuh kereta

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas basikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 35, Jalan Kimanis – Keningau, lebuh raya Pan Borneo, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd […]

Suami isteri disyaki edar dadah ditahan, syabu dirampas

KENINGAU: Kegiatan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah terbongkar selepas mereka ditahan bersama tujuh paket syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kiawayan, Tambunan, semalam. Pasangan masing-masing berusia 33 dan 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau kira-kira jam 12 tengah […]

Bekas isteri cedera dibelasah, lelaki warga asing ditahan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki menyerang bekas isterinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Sri Menanti, di sini, bulan lalu. Suspek berusia 40-an ditahan kira-kira jam 2.45 petang semalam di kawasan Kampung Jawa hasil risikan dan maklumat susulan laporan polis yang dibuat mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana […]

Baru dua bulan berkursus, ERT hotel berjaya padam kebakaran

KOTA KINABALU: Baru dua bulan menjalani kursus Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), kakitangan sebuah hotel di bandar raya ini berjaya membuktikan keberkesanan latihan diterima apabila bertindak pantas memadam kebakaran membabitkan lima unit kompresor penghawa dingin, hari ini. Kejadian berlaku di tingkat 24 sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, dan tindakan awal pasukan ERT hotel […]

PPM tumpaskan stor rokok seludup, rampas lebih RM500,000

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan rokok tidak bercukai selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor di Kampung Sungai Keling, di sini, hari ini. Dalam operasi yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan. Komander Ahmad Amri […]

Dua kanak-kanak lemas ketika mandi kolam

SANDAKAN: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi dalam sebuah kolam terbiar dalam kejadian di Jalan Sungai Manila, dekat sini, petang tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang tadi dengan mangsa dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, dan seorang lagi berusia 11 tahun yang belum diperolehi identitinya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, […]

Sidang DUN: Bina Rumah Kasih, bukan kondominium – Junz Wong

KOTA KINABALU: Bina Rumah Kasih Rakyat atau perumahan mampu milik dan bukan kondominium atau pusat beli belah di tapak rumah pangsa Tanjung Aru. Perkara itu adalah antara tiga isu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong ketika Persidangan DUN Sabah, di sini, pada Isnin. Pemimpin Parti Warisan itu berkata, penduduk asal […]

Mengamuk tidak dapat wang, lelaki positif dadah ditahan

BEAUFORT: Berang selepas tidak diberikan wang oleh ibunya, seorang lelaki bertindak mengamuk dan mengugut ahli keluarga sebelum dipercayai menampar anak saudaranya dalam kejadian di daerah ini. Suspek berusia 25 tahun itu kemudiannya ditahan polis sebelum hasil saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh […]