Polis giat buru suspek curi kabel di Papar

PAPAR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Takis Hospital, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 2.27 pagi daripada saksi awam. Katanya, saksi mendapat melihat sebuah kereta Perodua […]
Lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ditemukan maut

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika mencuci bot di Sungai Kampung Batu Putih, di sini, petang semalam, ditemukan meninggal dunia awal pagi tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, ditemukan oleh orang awam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dipercayai disambar reptilia berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima […]
Anak lihat bapa dibaham buaya ketika cuci bot

KINABATANGAN: Seorang anak berdepan detik paling mengerikan apabila melihat bapanya dipercayai dibaham seekor buaya sebelum mangsa hilang dari pandangan ketika mereka mencuci bot di Kampung Batu Putih, di sini, petang tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, sehingga kini masih belum ditemukan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darnis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada […]
Kes terbaharu pelajar jatuh di sebuah sekolah di Papar bukan akibat buli – Jabatan Pendidikan

KOTA KINABALU: Tiada unsur jenayah atau buli dalam satu kes pelajar terjatuh yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Papar, baru-baru ini. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam kenyataannya pada Jumaat, berkata perkara itu berdasarkan siasatan awal pihak sekolah terhadap insiden itu. Berikutan itu, jabatan berkenaan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih […]
Polis Penampang nafi infografik ‘laporan tangkapan kes khianat’ tular

PENAMPANG: Polis Penampang menafikan sekeras-kerasnya kesahihan satu infografik bertajuk “Laporan Tangkapan Kes Khianat” yang tular di pelbagai platform media sosial sejak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, infografik berkenaan adalah palsu, tidak sahih dan bukan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kandungan berkenaan menggunakan logo rasmi PDRM, format penyampaian serta memaparkan […]
“Saya tidak putus-putus doa, sebut nama Nurjilya… akhirnya Allah tunjukkan jasadnya”

KOTA KINABALU: “Saya tidak pernah berhenti berdoa. Setiap hari saya sebut nama anak saya, Nurjilya, minta kepada Allah supaya tunjukkan di mana dia berada. Akhirnya, Allah makbulkan doa saya… jasad anak saya ditemui.” Demikian luahan pilu Normaida Husin, 32, ibu kepada Nurjilya Abdullah, 10, yang dipercayai menjadi mangsa bunuh selepas dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemukan […]
Cubaan seludup petrol bersubsidi digagalkan, dua suspek terjun ke bakau

SANDAKAN: Cubaan menyeludup 360 liter minyak petrol bersubsidi berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas menahan sebuah bot dalam operasi di perairan Sungai Sabine, di sini, semalam. Bagaimanapun, dua lelaki yang dipercayai kru bot berjaya meloloskan diri apabila bertindak terjun ke kawasan bakau sebelum melarikan diri ke dalam hutan sebaik menyedari kehadiran pasukan […]
Pokok tumbang hempap rumah, 3 cedera di Sandakan

SANDAKAN: Tiga termasuk dua kanak-kanak cedera selepas rumah yang didiami dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Gum-Gum Kecil, di sini, malam tadi. Mangsa yang cedera masing-masing seorang wanita berusia 47 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata […]
Dua suspek kes bunuh kanak-kanak direman 7 hari

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini membenarkan permohonan reman terhadap dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui di Kampung Numbak, dekat sini, semalam. Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali memberikan perintah tahanan reman selama tujuh hari, bermula hari ini hingga 24 Julai terhadap kedua-dua suspek tanpa dokumen […]
Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes rogol

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan selepas mangsa ditemui bersama suspek di sebuah penginapan murah di bandar ini, petang semalam. Suspek warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 2.05 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) […]