Fairlady disita dalam Ops Samseng Jalanan

TAWAU: Sebuah kereta Nissan Fairlady dan kenderaan pacuan empat roda disita polis dalam Operasi Samseng Jalanan di beberapa lokasi, di sini, semalam. Operasi bermula jam 10.30 malam hingga 2 pagi itu turut menyaksikan 14 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan […]
Pengampunan Najib: Anwar nafi buka jalan, setiap banduan berhak kemuka rayuan

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau membuka jalan bagi pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menegaskan bahawa setiap banduan berhak mengemukakan permohonan pengampunan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan. Anwar berkata Lembaga Pengampunan mempunyai bidang kuasa untuk menilai sesuatu permohonan dengan mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara di […]
Anwar rakam takziah pemergian bekas ADUN Bongawan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang yang meninggal dunia hari ini. Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata beliau menerima khabar duka berhubung pemergian Karim dan mendoakan seluruh keluarganya diberikan kekuatan serta ketabahan. “Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan […]
Jenazah Karim Bujang selamat dikebumikan di Kampung Brunei, Kimanis

KOTA KINABALU: Jenazah bekas ADUN Bongawan, Allahyarham Datuk Karim Bujang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brunei, Kimanis pada kira-kira jam 5.30 petang tadi. Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Surau Kampung Sipanggil, Putatan, sebelum dibawa ke Masjid Imam Abdullah, di kampung halamannya di Kampung Brunei, Kimanis. Allahyarham yang berkhidmat sebagai ADUN […]
Anwar akan bertemu Loke, dengar pandangan tawaran peletakan jawatan

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam masa terdekat, bagi mendengar pandangan beliau sebelum membuat keputusan berhubung tawaran peletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Anwar berkata beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Loke mengenai perkara itu dan memahami keputusan berkenaan dibuat susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana […]
Remaja lelaki ditahan ceroboh, cabul pelancong China

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki menceroboh dan mencabul pelancong wanita warga China di sebuah resort di Jalan Kamiri, di sini, awal pagi semalam. Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna di kawasan resort berkenaan kira-kira jam 8 malam pada hari sama. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap […]
Karim Bujang meninggal dunia

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Karim Bujang dilaporkan meninggal dunia tengah hari tadi. Berita itu dikongsi beberapa kenalan arwah yang mengucapkan takziah dan mendoakan roh Allahyarham melalui media sosial. Antaranya ialah anak didik arwah, Datuk Mohamad Alamin yang kini Ahli Parlimen Kimanis dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mohamad […]
61 PATI warga Filipina dihantar pulang melalui laut

TAWAU: Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi laluan laut dalam Program Pemindahan Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam. Pengarah JIM Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua tahanan berkenaan dipindahkan dari Depot Imigresen Tawau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad […]
Tular lari daripada JPJ, notis tetap menyusul

KOTA KINABALU: Pemandu yang bertindak melarikan diri ketika operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan terlepas daripada tindakan, terutama apabila kejadian berkenaan dirakam dan tular di media sosial. Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, pihaknya boleh mengeluarkan notis mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menyiasat pemilik kenderaan yang dikenal pasti melanggar […]
Dua penjawat awam ditahan kemuka dokumen palsu tuntutan RM30,000

LAHAD DATU: Dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan elaun berjumlah kira-kira RM30,000. Tuntutan itu membabitkan elaun tugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana yang dipercayai dilakukan antara 2022 hingga 2023. Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan kira-kira jam […]