Sambutan Hari Malaysia Sabah tekankan penghayatan generasi muda

KOTA KINABALU: Sebanyak 300 pelajar institusi pengajian tinggi akan terlibat dalam persembahan koir sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah pada 16 Sept ini sebagai usaha menyemai penghayatan terhadap sejarah dan semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin berkata penglibatan golongan muda menjadi antara kelainan sambutan […]
KDN sasar agensi manfaat AI dalam tugas hakiki – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan semua agensi di bawahnya memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam tugas hakiki masing-masing bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu sebahagian daripada pendekatan AI for KDN, KDN for AI yang telah dibangunkan kementerian berkenaan sejak […]
JBPM Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 1,551 kes kebakaran terbuka di negeri ini bagi tempoh 1 Mac hingga 13 September lalu. Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, suku kedua tahun ini iaitu April hingga Jun mencatatkan jumlah tertinggi dengan 655 kes atau 42.2 peratus. Katanya, suku ketiga merekodkan 470 […]
Semua pihak perlu sokong tuntutan hak 40 peratus Sabah – Masiung

KOTA KINABALU: Pendirian Kerajaan Negeri mengenai hak 40 peratus hasil Sabah dan penambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak seharusnya mendapat sokongan pelbagai pihak tanpa mengira batas politik. Pengerusi Backbencers Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata agenda nasional itu tidak sepatutnya dijadikan bahan politik kerana ia terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). […]
Guru maut Hilux rempuh tujuh kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang guru maut selepas Toyota Hilux dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh tujuh kenderaan berhampiran lampu isyarat jejambat Jalan Kolam, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Arizal Wahid, 43, difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan dari arah Bukit Padang menuju ke Damai. Mangsa […]
Pemimpin UMNO perlu mohon maaf berhubung ucapan sentuh agama Katolik – Madius, Salleh

KOTA KINABALU: Dua pemimpin Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menyelar ucapan seorang pemimpin UMNO yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Katolik ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU), baru-baru ini. Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan ADUN Tamparuli berkata, sama ada ucapan berkenaan dimaksudkan sebagai jenaka atau sindiran, […]
Hak 40 peratus Sabah bukan rekaan hari ini – Warisan

KOTA KINABALU: Tuntutan Sabah untuk mendapatkan bahagian hasil yang adil menerusi 40 peratus hasil bersih dari negeri ini bukan isu baharu atau tindakan oportunistik. Menegaskan perkara itu, pemimpin Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua, berkata hak kelayakan hasil 40 peratus untuk Sabah adalah kewajipan Perlembagaan yang sudah termaktub sebelum Malaysia dibentuk lagi. “Ini bukan rekaan […]
4,933 pelajar baharu mulakan kehidupan kampus di UMS

KOTA KINABALU: Seramai 4,933 pelajar baharu mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi akademik 2026/2027 yang bermula menerusi Majlis Suai Mesra (MSM) di kampus universiti itu, pada Isnin. Majlis yang disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansur itu, berlangsung dalam suasana meriah bagi menandakan bermulanya kehidupan kampus yang bakal dilalui mahasiswa baharu […]
Liga Super: Prestasi Sang Badak merosot – Garrido

KOTA KINABALU: Prestasi Sabah FC merosot berikutan tiga kekalahan berturut-turut, termasuk dua di gelanggang sendiri dengan yang terbaharu tewas 1-2 di tangan DPMM FC, di Stadium Likas, malam tadi. Pengendali Sang Badak, Juan Torres Garrido, mengakui persembahan anak buahnya tidak memuaskan terutama pada separuh masa kedua malam tadi, meskipun agak baik pada babak pertama. “Saya […]
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam – KPPA

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji inisiatif bagi menambah baik aspek pendapatan penjawat awam di negara ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. Beliau berkata gaji penjawat awam ketika ini tidak berada di bawah paras kemiskinan dan mereka dinasihatkan supaya bijak merancang perbelanjaan. “Pada pandangan saya, […]