76 hotel diperiksa, 34 tawaran kompaun dalam Ops Trigger 2026

KOTA KINABALU: Sebanyak 76 premis hotel diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi Task Force Ops Trigger 2026, semalam. Operasi serentak di seluruh Sabah itu dilaksanakan bagi mengesan kesalahan berkaitan sistem penggera kebakaran. Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, ia khususnya membabitkan tindakan sengaja menyahaktifkan, mengasingkan atau memintas sistem penggera tanpa alasan […]
PP26 perkukuh kerjasama serantau hadapi bencana

KOTA KINABALU: Pacific Partnership 2026 (PP26) bukan latihan peperangan atau ketenteraan, sebaliknya memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Seri Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pelaksanaan program itu di Sabah turut membuktikan negeri berkenaan selamat untuk dikunjungi peserta antarabangsa. Beliau berkata, PP26 memperkukuh kerjasama antara Malaysia […]
Mudahkan pembelian BUDI Diesel kepada pengguna di Sabah

KOTA KINABALU: Mekanisme pelaksanaan BUDI Diesel di Sabah masih perlu ditambah baik dengan mengambil kira realiti geografi, sosioekonomi dan corak penggunaan kenderaan masyarakat luar bandar serta pedalaman. Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin, berkata antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah isu pengguna sebenar kenderaan diesel yang kenderaannya tidak didaftarkan atas nama sendiri. “Di Sabah, terdapat […]
Kerajaan negeri terima dividen RM4.08 juta daripada ICSB

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian tiga bayaran dividen sebelum Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Menara Kinabalu, pada Khamis. Bayaran dividen pertama adalah daripada Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) kepada kerajaan negeri berjumlah RM4.08 juta. Replika cek disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar kepada Setiausaha Kerajaan […]
Sang Badak tidak takut berdepan Selangor di MBPJ

KOTA KINABALU: Skuad Sang Badak tidak takut untuk berdepan dengan Selangor FC pada perlawanan kedua Pusingan 16 Piala FA di Stadium MBPJ, Selangor pada Rabu depan. Pengendalinya, Juan Torres Garrido, berkata walaupun berdepan di gelanggang lawan, beliau yakin anak buahnya mampu memberikan persembahan yang baik seperti pada perlawanan pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2. […]
Gempa bumi lemah di Keningau

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 skala Richter dikesan berlaku di Keningau pada jam 9.31 pagi tadi. Berdasarkan info Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gegaran dikesan di koordinat 5.3 darjah utara dan 116.1 darjah timur. Gegaran berlaku di kedalaman 10 kilometer kira-kira 10 kilometer di barat Keningau. MetMalaysia melaporkan gegaran dirasai di Keningau dan kawasan […]
Piala FA: Aksi sengit di Likas, Sabah, Selangor sama kuat

KOTA KINABALU: Sabah FC dan Selangor FC terikat 2-2 dalam perlawanan pertama Pusingan 16 Piala FA yang menyaksikan saingan sengit kedua-dua pasukan di Stadium Likas, di sini, malam ini. Tuan rumah memulakan jaringan pada minit ke-33 menerusi tandukan Dane James Ingham selepas menyambut sepakan sudut yang disempurnakan rakannya, Park Jungbin untuk memberi kelebihan 1-0 kepada […]
Penyeludup cabut lari, rokok RM131,700 ditinggalkan

SANDAKAN: Sekumpulan individu melarikan diri dan meninggalkan 97,800 batang rokok tidak bercukai bernilai RM131,700 selepas kegiatan mereka dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jeti Kampung Kombo, Jalan Leila, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian 4.15 pagi itu, pasukan PPM Sandakan yang bertindak hasil maklumat risikan mengesan beberapa individu sedang memunggah barangan dari sebuah bot […]
Penerbangan terus Indonesia-Tawau perlu ditambah – Konsul Indonesia di Tawau

KOTA KINABALU: Konsul Indonesia di Tawau berharap lebih banyak penerbangan terus menghubungkan Indonesia dan Sabah diwujudkan bagi memudahkan integrasi rakyat kedua-dua wilayah. Bapak Dino Nurwahyudin yang baru memulakan tugas sebagai Konsul Republik Indonesia di Tawau sejak 9 Julai lalu menyatakan harapan itu pada kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, […]
Teman lelaki ditahan, wanita maut dipercayai dipukul

PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian teman wanitanya yang dipercayai dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. Mangsa berusia 44 tahun sebelum itu dibawa dengan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 31 Ogos lalu. Bagaimanapun, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia pada malam sama ketika […]