Ugut isteri di hospital, lelaki ditahan

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengugut untuk mencederakan isterinya yang sedang bekerja di sebuah hospital, di sini, semalam. Suspek berusia 39 tahun itu turut dipercayai menghantar pesanan suara melalui WhatsApp mengandungi ancaman terhadap keselamatan mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, suspek yang juga suami mangsa datang ke hospital berkenaan […]
Jerebu: Orang ramai dinasihat guna pelitup muka apabila keluar rumah

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah menasihatkan orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta mengelakkan aktiviti fizikal dan lasak. Menerusi satu kenyataan pada Selasa, JPBN turut menasihatkan mereka yang perlu keluar rumah supaya memakai pelitup muka yang sesuai, selain […]
Dadah RM120.43 juta dilupuskan, JSJN Sabah terus perangi sindiket

KOTA KINABALU: Dadah bernilai RM120.43 juta membabitkan 5,732 kertas siasatan akan dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah tahun ini. Pelupusan membabitkan pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan melebihi satu juta gram itu dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan ditetapkan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan […]
Enam ditahan, syabu RM2.58 juta dirampas

KOTA KINABALU: Polis menumpaskan dua kegiatan pengedaran dadah susulan rampasan 51.624 kilogram syabu bernilai RM2.581 juta dalam operasi berasingan di Papar dan Penampang. Operasi pada 19 dan 25 Ogos lalu itu membawa kepada penahanan enam individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dalam operasi pertama di Papar, […]
Pasangan suami isteri ditahan, bunga ganja RM3.56 juta dirampas

KOTA KINABALU: Pasangan suami isteri ditahan selepas polis merampas 44.3 kilogram bunga ganja dan 5.6 kilogram ganja bernilai keseluruhan RM3.56 juta dalam operasi di Kudat, 20 Ogos lalu. Rampasan bunga ganja berkenaan adalah yang pertama seumpamanya direkodkan di Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun dan isterinya yang […]
Jerebu: Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti fizikal, luar rumah

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini, khususnya kanak-kanak, belia, warga emas dan golongan yang mempunyai masalah kesihatan serta pernafasan diingatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal dan aktiviti di luar rumah jika kualiti udara pada tahap tidak sihat. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan turut menggesa persatuan sukan, akademi, kelab, […]
Jerebu: Empat daerah catat IPU tidak sihat di Sabah, bacaan di ibu negeri paling tinggi

KOTA KINABALU: Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di bandar raya ini berada pada paras tidak sihat dengan catatan 171 setakat jam 11 pagi tadi, iaitu yang tertinggi berbanding tiga daerah lain. Secara keseluruhan, empat daerah mencatat bacaan IPU tidak sihat sehingga jam 11 pagi hari ini dengan tiga lagi ialah Kimanis (161), Keningau (158) dan […]
UMS bantu penduduk Kinolosodon bangunkan projek akuakultur

PAPAR: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan usaha menangani cabaran keterjaminan makanan di peringkat komuniti menerusi Projek Pemerkasaan Keterjaminan Makanan Komuniti Melalui Akuakultur Bersepadu di Kampung Kinolosodon, Kimanis, baru-baru ini. Projek di bawah dana UniMADANI (UniMD040) itu dilaksanakan Institut Marin Borneo (IMB) UMS dengan menggabungkan ternakan ikan tilapia dan udang galah bersama pengeluaran sayur-sayuran seperti sawi […]
Lelaki ditahan, polis rampas ekstasi bernilai RM20,150

PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan bersama 31 peket plastik mengandungi serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 1,060.39 gram dalam operasi di daerah ini, tengah malam tadi. Suspek warga tempatan berusia 31 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang di sebuah premis hiburan kira-kira 12.30 tengah malam. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy […]
Tiga maut, kereta terjunam ke gaung

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, malam ini. Kereta jenis Proton Aeroback itu dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, […]