Projek LPB Serusup – Pituru berjalan lancar

TUARAN: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Serusup – Pituru sepanjang 20.8 kilometer berjalan lancar, manakala jambatan sepanjang 682 meter yang merentasi Sungai Sulaman dijangka siap pada Disember tahun depan. Perkembangan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika lawatannya ke projek WP09 itu pada Ahad. Beliau diberi taklimat mengenai projek itu oleh wakil Pegawai […]
Jerebu tambah kebimbangan nasib mangsa kebakaran Numbak

KOTA KINABALU: Keadaan jerebu yang semakin ketara di Sabah menambah kebimbangan terhadap kesihatan mangsa kebakaran Kampung Lok Buta, Numbak, khususnya kanak-kanak dan warga emas yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebajikan dan kesihatan golongan mudah terjejas itu perlu diberi perhatian sewajarnya susulan keadaan cuaca […]
PM umum enam ikhtiar segera tangani kos sara hidup rakyat

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini. Beliau berkata kesemua ikhtiar itu merupakan langkah kerajaan menangani kebimbangan rakyat, khususnya berkaitan kos sara hidup dan tekanan […]
Lebih 200 meriahkan Sunset Briskwalk KupiKupi FM

KOTA KINABALU: Lebih 200 peserta pelbagai peringkat usia memeriahkan Sunset Briskwalk Bersama KupiKupi FM di Tanjung Lipat, di sini, hari ini. Berlatarbelakangkan panorama matahari terbenam, peserta berjalan santai bersama keluarga dan rakan sambil mengibarkan bendera Sabah bagi menyemarakkan sambutan Hari Sabah 2026. Pengurus Projeknya, Ronald Raynel Florence berkata, acara bertemakan ‘Jom Sihat Bersama!’ itu dianjurkan […]
Peruntukan penyelenggaraan sekolah naik 50 peratus RM1.5 bilion pada 2027 – Anwar

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan meningkatkan peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah sebanyak 50 peratus daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion pada 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata peruntukan tambahan itu akan meliputi semua aliran sekolah keutamaan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok […]
Jangan biarkan politik jadi alat balas dendam, sebar tuduhan jahat atau cetus perpecahan – Tun Musa

KOTA KINABALU: Perpaduan dan keharmonian rakyat menjadi antara kekuatan terbesar Sabah di sebalik kepelbagaian etnik, agama, budaya dan tradisi yang ada di negeri ini. Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, berkata sejak turun-temurun, rakyat Sabah hidup bersama dalam suasana saling menghormati dan memahami. Katanya, keistimewaan itu adalah sesuatu yang amat […]
Kelayakan asas BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan – Anwar

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita gembira itu berkata keputusan tersebut akan memanfaatkan lebih 16 juta pengguna menikmati RON95 bersubsidi. “Manakala, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan […]
Hari Kebangsaan dan Hari Sabah: Terus pupuk semangat patriotisme, perpaduan – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat terutama generasi muda supaya terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan dan menjaga keharmonian kepelbagaian bangsa serta agama di negeri ini. Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun ini, beliau berkata perpaduan kaum adalah kunci kekuatan rakyat Sabah yang perlu terus dipertahankan, terutama […]
Numbak diisytihar kawasan bencana, dua PPS dibuka

KOTA KINABALU: Kawasan kebakaran di Kampung Lok Buta, Numbak, di sini, diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah, awal pagi hari ini. Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka di Dewan Kampung Likas dan Dewan Damai bagi menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen […]
Dua beradik sempat menjamah durian, sate sebelum rentung dalam kebakaran

KOTA KINABALU: “Semalam saya belikan mereka durian dan sate sebab itu makanan kegemaran mereka. Saya sangat sedih, tetapi reda dengan apa yang berlaku.” Demikian luahan Nurwati Bali, 34, ibu kepada dua beradik, Mohd Azrul Abdullah, 6, dan Nana Abdullah, 4, yang ditemukan rentung dalam kebakaran rumah atas air di Numbak, di sini, awal pagi hari […]