Shafie kekal Ahli Parlimen, ADUN, boleh tanding pilihan raya – Azis

KOTA KINABALU: Kedudukan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ahli Parlimen Semporna dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang tidak terjejas berikutan hukuman penjara lima minggu dikenakan terhadapnya oleh mahkamah pada Rabu. Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata bekas Ketua Menteri itu juga tidak hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan […]
Sabah FC terima tajaan RM4 juta dari Emas Sri Semantan

KOTA KINABALU: Sabah FC menerima tajaan RM4 juta dari sebuah syarikat perniagaan barangan kemas bagi menyokong operasi pasukan menghadapi Liga MFL bagi musim baharu 2026/2027. Tajaan Syarikat Emas Sri Semantan Sdn Bhd itu hasil kerjasama yang dimeterai menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani kedua-duanya, di sini, pada Rabu. Pengarah Sabah FC, Datuk Alijus Sipil, berkata MoU […]
‘Saya hormati keputusan mahkamah’ – Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau menghormati keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara lima minggu yang dijatuhkan ke atasnya hari ini. Ia selepas bekas Ketua Menteri itu didapati bersalah menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidak menjejaskan amanah dan integritinya sebagai wakil rakyat, […]
Hina mahkamah, Shafie Apdal dihukum penjara lima minggu

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Keputusan itu dibuat pada prosiding Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan, di sini, pada Rabu. Shafie diperintah menjalani hukuman itu bermula pada tarikh keputusan […]
Tekong terjun laut, tinggal bot bersama 510 liter petrol

SANDAKAN: Seorang tekong dipercayai terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan pesisir pantai selepas botnya dipintas Maritim Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di perairan Muara Sungai Mangkalinau Besar, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, suspek turut meninggalkan bot bersama muatan sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi. Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Suhairy […]
Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR tinggalkan parti

KOTA KINABALU: Seorang lagi pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil keputusan meletak jawatan dan meninggalkan parti itu berkuatkuasa serta merta. Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR yang juga Setiausaha STAR Bahagian Sri Tanjong, Muhammad Raiyan Fung Abdullah membuat keputusan itu pada 26 Julai lalu selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Beliau mengumumkan peletakan jawatan yang dipegangnya dalam […]
Kes orang hilang: Pelajar ditemui selamat, akui ikut rakan

KOTA KINABALU: Seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui dalam keadaan selamat di hadapan rumah rakannya di Lorong Seri Pelangi, Inanam, di sini, petang tadi. Pelajar berkenaan, Gwynne Mia Erbin, ditemui kira-kira jam 3 petang dalam keadaan bersendirian, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot […]
UMS, PETRONAS kaji potensi hidrokarbon di Lembangan Tawau

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama beberapa rakan strategiknya memulakan projek penyelidikan Penilaian Geologi dan Geofizik Prospektiviti Hidrokarbon dalam Batuan Sedimen Lembangan Tawau. Projek yang bermula pada 14 Julai lalu hingga 14 Januari 2029 itu dilaksanakan dengan kerjasama Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS dan VIRIDIEN bagi memperkukuhkan pemahaman terhadap sistem petroleum dan prospektiviti hidrokarbon […]
Kanak-kanak perempuan dilapor hilang ditemukan selamat

KOTA KINABALU: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak hadir ke sekolah pada Isnin ditemukan selamat di kawasan Inanam, semalam. Salah seorang ahli keluarga yang enggan dikenali membuat hantaran di media sosial memaklumkan kanak-kanak terbabit sudah ditemukan dan kini berada dalam jagaan polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kehilangannya sebelum dibawa balik. […]
Bilik guru Sekolah Agama Bukit Lalang terbakar

SEMPORNA: Bilik guru dan pejabat pentadbiran Sekolah Agama Bukit Lalang, di sini, mengalami kerosakan selepas terbakar dalam kejadian hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang. Katanya, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan […]