Kereta musnah terbakar di Kampung Sentosa Tawau

TAWAU: Sebuah kereta jenis Toyota Vios musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan JPJ Hill Top, Kampung Sentosa, di sini, lewat malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.21 malam. Katanya, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender […]

Dua penghuni sempat selamatkan diri sebelum rumah kedai hangus

KENINGAU: Dua penghuni sempat menyelamatkan diri beberapa minit sebelum rumah kedai yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Patikang, Kampung Perkaya, di sini, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, kedua-dua mangsa berjaya keluar dari rumah sebelum api marak dan memusnahkan keseluruhan bangunan jenis tidak kekal seluas 335 meter persegi. Ketua Balai Bomba […]

Lebih 40 jenazah dikebumikan semula susulan tanah runtuh Sim-Sim

SANDAKAN: Lebih 40 jenazah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim, di sini, dikebumikan semula secara berjemaah dalam satu liang lahad, hari ini. Proses pengebumian semula dilakukan di kawasan rata dalam tanah perkuburan sama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan dengan kerjasama pelbagai agensi serta waris. […]

Rokok seludup lebih RM229,000 dirampas di stor tingkat 10

SANDAKAN: Kegiatan menjadikan dua bilik di sebuah bangunan sebagai stor penyimpanan rokok seludup terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di Bandar Sandakan, di sini, hari ini. Dalam serbuan di sebuah premis di Tingkat 10, Bangunan Baru Bandar Sandakan, Jalan Old Slipway, pasukan operasi merampas 187,480 batang rokok pelbagai jenama yang dipercayai […]

JIM Sabah nafi dakwaan tahanan Filipina meninggal dunia di depot

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa berlaku kesesakan melampau di Depot Tahanan Imigresen (DTI) negeri ini sehingga mengakibatkan ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia. Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan. Katanya, gambar yang […]

RM90 juta bantuan untuk sekolah persendirian Cina, mubaligh dan badan keagamaan bukan Islam

SANDAKAN: Program bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah meningkat lebih 100 peratus daripada RM43 juta pada 2020 kepada RM90 juta tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata sejak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat mentadbir negeri ini pada 2020, bantuan kewangan tahunan kepada […]

Ketua Menteri arah pemantauan rapi situasi banjir di Tawau

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan Pusat Kawalan Bencana Negeri supaya memantau dengan rapi situasi banjir di Tawau. Ia selepas daerah itu diisytihar sebagai kawasan bencana susulan banjir yang melanda banyak kawasan sejak Jumaat (24 Julai). “Semua agensi berkaitan telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Saya mahu mereka bersiap siaga untuk memberikan […]

Program Ikan Rakyat Sabah pastikan bekalan ikan cukup, bantu ekonomi nelayan

LABUAN: Program Ikan Rakyat Sabah (IRS) yang dilaksanakan SAFMA memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara menerusi penyediaan bekalan ikan segar dan berkualiti pada harga mampu milik kepada rakyat. Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar, berkata program itu diwujudkan bagi memastikan semua lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mendapat akses kepada sumber protein […]

Hajiji cadang Muzium Mini Penjawat Awam Sabah

KOTA KINABALU: Sebuah Galeri atau Muzium Mini Penjawat Awam dicadang diwujudkan bagi mengenang jasa dan mempamerkan pencapaian Perkhidmatan Awam Negeri di bawah setiap Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). Mencadangkan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata galeri itu boleh mempamerkan segala dokumen, teks ucapan dan memorabilia berkaitan mantan SKN, termasuk rekod pencapaian dan kejayaan […]

Cawangan Siasatan & Pendakwaan juara keseluruhan kejohanan badminton BSPT IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Cawangan Siasatan dan Pendakwaan muncul juara keseluruhan Kejohanan Badminton Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 2026 selepas mengungguli dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung di Dewan IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam. Kejohanan yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang […]