Dua wanita diselamatkan selepas terperangkap dalam lif

SANDAKAN: Dua wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih 30 minit dalam lif dalam kejadian di Wisma Persekutuan, Batu 7, di sini, hari ini. Kedua-dua wanita itu dipercayai menaiki lif sebelum berlaku gangguan bekalan elektrik menyebabkan mereka terperangkap dalam lif ketika berada di tingkat enam bangunan berkenaan, kira-kira jam 7.30 pagi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah […]

Pelaksanaan Budi Diesel perlu ambil kira realiti geografi, struktur ekonomi Sabah – Nizam

KOTA KINABALU: Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel perlu terus diperhalusi dengan mengambil kira realiti geografi, corak pergerakan penduduk dan struktur ekonomi Sabah yang berbeza dengan negeri lain. Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, aspek itu perlu diteliti berikutan kedudukan Sabah sebagai negeri yang luas dengan jarak perjalanan antara […]

Empat ditahan kes peras ugut pelajar perempuan

BEAUFORT: Polis menahan empat individu yang disyaki terbabit dalam kes memeras ugut dan membuli seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di daerah Membakut, minggu lalu. Kejadian dipercayai berlaku pada 8 Julai lalu apabila mangsa mendakwa dipaksa menyerahkan wang secara berulang sebelum turut menerima ugutan jenayah daripada suspek. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, […]

Pelabur yang serius dipelawa ke Sabah untuk wujudkan kerjasama menguntungkan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur yang serius untuk datang dan mewujudkan kerjasama saling menguntungkan di Sabah. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah terbuka untuk pelaburan sejajar transformasi ekonomi yang berkembang daripada berteraskan sektor primer kepada ekonomi yang pelbagai dan dinamik. “Selaras dengan matlamat ekonomi Malaysia secara keseluruhannya, komitmen kita terhadap pertumbuhan kekal […]

Misteri bau pelik terungkai

KOTA KINABALU: Bau kurang menyenangkan yang dihidu penghuni sebuah bilik sewa di Sadong Jaya, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam bilik yang berkunci, malam tadi. Mangsa berusia 31 tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas pasukan bomba memecahkan sebahagian dinding bilik sebelum berjaya membuka pintu yang berkunci bagi mendapatkan akses masuk. Ketua […]

‘Kuota 200 liter diesel hanya cukup sehari ulang alik dari Kuamut ke KK’ – Masiung

BELURAN: Kuota 200 liter diesel sebulan yang ditetapkan menerusi pelaksanaan subsidi bersasar BUDI Diesel habis digunakan sehari hanya untuk perjalanan ulang alik Kuamut-Kota Kinabalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, mendakwa keadaan itu berikutan jarak yang jauh dan muka bumi yang mencabar di kawasan pedalaman negeri ini. Sehubungan itu, katanya kuota BUDI […]

Lelaki dilapor hilang ditemui maut dipercayai terkena tembakan

SIPITANG: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing dan memburu di kawasan hutan Kampung Takula, di sini, sejak 3 Julai lalu, terungkai apabila mayatnya ditemukan dalam keadaan dibalut dengan kanvas selepas polis menahan dua rakannya yang dipercayai terbabit. Mangsa dipercayai terkena tembakan ketika menjalankan aktiviti memburu sebelum mayatnya ditemukan di kawasan hutan […]

Suara masyarakat awam penting sebagai rakan strategik kerajaan – Azrul

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengakui kepentingan suara dan pembabitan masyarakat awam sebagai rakan strategik dalam memastikan dasar dan inisiatif kerajaan terus memberi manfaat kepada rakyat. Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, berkata atas sebab itu kerajaan negeri bersikap terbuka terhadap pandangan, cadangan dan idea membina berkaitan pembangunan negeri daripada pelbagai pihak. Katanya, selain […]

Lelaki ditemukan rentung dalam bilik

SANDAKAN: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Lorong 3, Kampung Batu Putih, di sini, awal pagi tadi. Mangsa yang rentung dikenali sebagai Mohd Zarman Salamat, 30. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.05 pagi dan menghantar sepasukan 12 anggota bersama tiga jentera ke lokasi itu. Katanya, […]

Gaduh di restoran, dua wanita diberkas polis

TAWAU: Pergaduhan membabitkan dua pelanggan wanita di sebuah restoran di Bandar Fajar, di sini, berakhir dengan penahanan kedua-dua suspek selepas insiden itu turut menyebabkan kerosakan harta benda premis berkenaan. Dalam kejadian pada Sabtu, dua wanita berusia 19 dan 20 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau […]