Bapa penghidap kanser kanak-kanak rayu bantuan tunaikan hajat terakhir anak

RANAU: “Kami sudah berjuang sedaya upaya, tetapi kini kami benar-benar buntu.” Itu luahan hati Brendon Salion, seorang bapa yang kini merayu bantuan orang ramai bagi menunaikan hajat terakhir anak perempuannya, Mikasa Elle Brendon, 6, yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat sejak 2023. Menurut Brendon, pelbagai ikhtiar sudah dilakukan sepanjang hampir tiga tahun anaknya menjalani […]

Ribuan penyokong dijangka meriahkan Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia

KOTA KINABALU: Ribuan penyokong Manchester United dijangka membanjiri Dewan Hakka, di sini, Sabtu ini, sempena Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia Kali Ke-8, selepas semua tiket rasmi habis dijual. Pengerusi penganjur, Bryan Faurillo, berkata semua tetamu disaran hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, khususnya berikutan ruang parkir yang terhad di lokasi majlis. Katanya, sambutan terhadap […]

351 PATI dihantar pulang ke Indonesia, Filipina

KOTA KINABALU: Seramai 351 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 7/2026 yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam. Program pemindahan itu membabitkan 213 warganegara Indonesia yang dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan melalui Pelabuhan Tawau ke […]

Suami tetak isteri akibat cemburu

KOTA MARUDU: Seorang wanita parah akibat ditetak suami yang dikatakan cemburu selepas dituduh berbual dengan jiran lelaki, dalam kejadian Kampung Mangkupa, di sini, pada Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dilaporkan terselamat namun mengalami 14 kecederaan termasuk kesan tetakan di leher. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Somiun […]

Inkues Zara: Catatan luahan emosi disahkan tulisan tangan arwah

KOTA KINABALU: Dokumen mengandungi catatan luahan emosi Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang ditemui selepas kematiannya disahkan ditulis sendiri oleh arwah berdasarkan semakan dibuat pakar tulisan tangan. Pengesahan itu dibuat pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan lantikan keluarga ibu Zara,Dr Linthini Gannetion dalam keterangannya di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis. Beliau menyatakan perkara itu […]

Zainudin terima watikah pelantikan sebagai SKN baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis menyampaikan watikah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) yang baharu kepada Datuk Zainudin Aman. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri itu secara rasmi mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Safar Untong pada 29 Jun ini. Ketua Menteri menyatakan harapannya agar pelantikan Zainudin akan memastikan perkhidmatan […]

Kanak-kanak hilang dihanyut arus ditemukan meninggal dunia

PAPAR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai di Kampung Mandalipau, di sini, sejak tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia, petang tadi. Mangsa, Najmal Walki, 8, yang juga bukan warganegara, ditemukan orang awam dalam keadaan tersangkut pada paip pam air di Kampung Manggis kira-kira jam 5 petang. Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada […]

Semak semula mekanisme subsidi diesel di Sabah

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan menggesa semakan semula dibuat terhadap pelaksanaan mekanisme subsidi diesel bersasar di Sabah. ADUN Luyang, Samuel Wong dan ADUN Api-Api, Loi Kok Liang, sependapat bahawa pelaksanaan mekanisme yang diumumkan kerajaan tidak sesuai untuk Sabah. Mereka berkata, walaupun tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik penyasaran subsidi dan mencegah ketirisan bahan api […]

Kuota 200 liter diesel tidak sesuai dengan realiti Sabah

KOTA KINABALU: Penetapan had kuota subsidi diesel sebanyak 200 liter sebulan di bawah Program BUDI MADANI tidak sesuai dengan realiti penggunaan bahan api di Sabah. Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert, berkata kuota itu tidak mencukupi terutama bagi penduduk luar bandar dan pedalaman yang bergantung terhadap kenderaan diesel untuk urusan harian serta aktiviti […]

Warga emas strok sempat diselamatkan sebelum rumah kedai terbakar

TAWAU: Seorang warga emas yang mengalami strok berjaya diselamatkan orang awam sebelum kebakaran memusnahkan sebuah rumah kedai sewa enam pintu bilik di Pasar Tanjung, berhadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa berjaya dibawa keluar dari premis berkenaan sebelum ketibaan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba […]