Ajal dalam perjalanan pulang ke rumah

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Dabata, Tambunan, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Betus Yussof, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan […]
1,088 pelajar baharu Program Asasi mendaftar di UMS

KOTA KINABALU: Seramai 1,088 pelajar baharu Program Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) diambil mengikuti pengajian bagi sesi akademik 2026/2027. Kemasukan pelajar terbabit bermula Isnin lalu, didahului dengan program Minggu Suai Mesra (MSM) selama dua hari hingga Selasa. Majlis penutupan MSM yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 UMS disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof Datuk […]
64 PATI ditahan, kerugian utiliti cecah RM623,450 di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Lahad Datu yang diselaraskan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari bermula 16 Jun lalu. Operasi yang membabitkan 262 pegawai dan anggota pelbagai agensi itu turut mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang melibatkan sektor pekerjaan, imigresen, pelesenan perniagaan, […]
Pelancong Jerman meninggal dunia ketika snorkeling

LAHAD DATU: Kegembiraan seorang pelancong warga Jerman menikmati aktiviti snorkeling di perairan Pulau Sakar, di sini, berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia selepas dipercayai pengsan ketika berada di laut, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kenneth Ray Crouse, 78, dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum rakannya bertindak memberikan bantuan pernafasan […]
Dua anak jati Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah 1448

KOTA KINABALU: Dua anak jati dari daerah Papar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1448 H / 2026 Masihi di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, di sini, pada Rabu. Kedua-dua mereka, Datuk Ag Sharin Alimin dan Datuk Masnah Matsalleh, masing-masing dinobatkan Tokoh Maal Hijrah 1448 bagi kategori lelaki dan wanita. Anugerah disampaikan Yang […]
Generasi muda Islam perlu terapkan semangat hijrah – Tun Musa

KOTA KINABALU: Semangat hijrah amat penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda Islam agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, berkata generasi muda juga mesti bijak memanfaatkan kemudahan digital untuk tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. Tun Musa menekankan, gejala sosial yang […]
Arwah Jasmin dalam pertimbangan naik pangkat SAC

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Allahyarham Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin yang meninggal dunia awal pagi tadi, dilaporkan berada dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner (SAC). Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Allahyarham antara pegawai kanan polis yang berpotensi besar untuk terus melangkah lebih jauh dalam kerjayanya berdasarkan prestasi cemerlang, […]
Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, 53, meninggal dunia pada jam 2.04 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tawau. Pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook rasmi IPD Tawau yang turut memaklumkan urusan pengurusan jenazah akan dilaksanakan di Tawau sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Jalan Apas. Jenazah Allahyarham […]
Pemergian KPD Tawau satu kehilangan besar buat PDRM Sabah: Jauteh

KOTA KINABALU: Pemergian Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Kontinjen Sabah. Allahyarham meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Tawau pada Rabu dan berita pemergiannya mengundang rasa dukacita dalam kalangan warga pasukan keselamatan serta masyarakat setempat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun […]
Empat ditahan disyaki rogol remaja secara bergilir-gilir

LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol empat lelaki termasuk seorang warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Jalan Segama, di sini, bulan lalu. Dalam keiadian kira-kira iam 2 pagi pada 9 Mei lalu, mangsa dikatakan sedang tidur bersendirian di dalam bilik rumah berkenaan sebelum didatangi […]