Junz Wong dakwa UPEN Sabah ‘simpan’ fail Skim Pembaharuan Bandar Sembulan

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan mendakwa Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN Sabah) kini berdepan kelumpuhan birokrasi berikutan kegagalan memberi maklum balas terhadap Skim Pembaharuan Bandar Sembulan setelah hampir tiga bulan dokumen berkaitan diserahkan. Berikutan itu, ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong menyatakan rasa kecewa dan kebimbangan seriusnya terhadap perkara berkenaan, khususnya nasib penduduk yang terjejas […]

Tuntutan RM29,440 bawa dua pegawai RELA ke mahkamah

TAWAU: Tuntutan elaun penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah RM29,440 membawa dua pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, hari ini. Mohamad Ihsan Said, 42, dan Radzmil Saadan, 38, masing-masing berdepan tiga pertuduhan membabitkan pengemukaan dokumen mengandungi butiran matan palsu dan bersubahat melakukan kesalahan berkenaan. Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah […]

Perdagangan karbon: Reputasi dan jenama Sabah akan dilindungi melalui kawal selia kukuh – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang projek berkaitan perdagangan karbon dibuat secara tergesa-gesa dan memasuki pasaran secara spekulatif. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata walaupun peluang pasaran karbon Sabah amat besar, penelitian sewajarnya perlu dibuat terlebih dahulu. Tegasnya, projek yang dirangka dengan lemah, tuntutan iklim yang dibesar-besarkan, sumber yang dinilai terlalu rendah dan […]

Ketua Penolong Pengarah antara dua ditahan SPRM Sabah berkaitan lombong emas

KOTA KINABALU: Seorang Ketua Penolong Pengarah di sebuah jabatan di Sabah dan Pengarah Eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki terbabit pemberian dan penerimaan rasuah berkaitan operasi perlombongan emas. Kedua-dua suspek, masing-masing lelaki berusia lingkungan 60-an, dipercayai terbabit dalam beberapa transaksi wang antara mereka bagi memudahkan operasi perlombongan emas […]

44.5 hektar tanaman tembakau di ranau jana pendapatan hampir RM2 juta setahun — Noraini

RANAU: Tanaman tembakau bagi produk tembakau hiris dan cerut yang diusahakan oleh 118 pekebun tempatan di kawasan seluas kira-kira 44.5 hektar di sini, dapat menjana pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata hasil pengeluaran tanaman tembakau itu dibeli oleh pemborong tempatan sebelum dipasarkan ke seluruh Sabah. […]

Lelaki didapati bersalah bunuh wanita dipenjara 35 tahun, 12 sebatan

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi, di sini, menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita, empat tahun lalu. Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman itu, semalam, terhadap Nul Sadam Jemsi selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara […]

Tangkap ikan di kawasan larangan, bot pukat jerut bilis ditahan

LAHAD DATU: Sebuah bot nelayan pukat jerut bilis ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di perairan Kunak, semalam. Bot berkenaan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira jam 12.35 tengah hari pada kedudukan 0.8 batu nautika timur laut Pulau Burong, Madai. Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar […]

Syabu RM6,000 dirampas, lelaki 45 tahun ditahan

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan selepas polis menemukan syabu seberat 52.55 gram bernilai kira-kira RM6,000 dalam satu operasi di Jalan Penampang Lama, di sini, semalam. Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang kira-kira jam 11 malam selepas polis bertindak atas maklumat. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, […]

‘Kami sudah kahwin kampung’, alasan pasangan dicekup khalwat

LAHAD DATU: “Kami sudah kahwin kampung.” Itu alasan diberikan sepasang kekasih selepas dicekup berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di daerah ini, malam Isnin lalu. Bagaimanapun, alasan lelaki berusia 28 tahun dan wanita berusia 19 tahun itu tidak dapat menyelamatkan mereka apabila semakan mendapati kedua-duanya […]

Pelancong China maut ketika snorkeling

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga China lemas ketika menyertai aktiviti bersnorkel di perairan Pulau Mengalum, di sini, hari ini. Mangsa berusia lingkungan 30-an yang menyertai rombongan bersama 16 pelancong lain sebelum itu menaiki bot ke pulau berkenaan untuk melakukan aktiviti snorkeling. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima […]