Cadangan tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak mula dibincang dengan SPR

KOTA KINABALU: Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memulakan perbincangan mengenai cadangan menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak. Pertemuan di Putrajaya pada Selasa itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud. Dalam kenyataannya, Mustapha berkata perbincangan dengan SPR menumpukan proses dan […]

Penoreh getah patah kaki terjatuh gaung

PENAMPANG: Seorang penoreh getah menahan kesakitan akibat patah kaki kiri selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan kerja menoreh getah di Kampung Moyong, Jalan Tambunan, di sini, hari ini. Mangsa, Lazaruz Duni, 42, ditemukan penduduk kampung di kawasan gaung kira-kira 700 meter dari jalan utama sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Ketua Balai Bomba […]

DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri di sini, pada Selasa. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali […]

Bayar hak 40 peratus Sabah mulai tahun ini, agihan Belanjawan mesti adil – Jeffrey

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat dicadang supaya mengira dan membayar kelayakan perlembagaan Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih dikutip Persekutuan di negeri ini bermula tahun ini dan seterusnya. Mencadangkan perkara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata bagi kelayakan untuk ‘tahun yang hilang’ dari 1974 hingga 2021, ia boleh dibincang dan […]

Utamakan pengalaman rakyat, perkhidmatan proaktif mudahkan urusan kerajaan – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu agenda teknologi kerajaan (GovTech) memberi tumpuan terhadap pengalaman rakyat dan penyampaian perkhidmatan secara proaktif, selaras usaha memastikan urusan kerajaan lebih mudah, pantas dan mesra pengguna. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata falsafah GovTech meletakkan rakyat sebagai paksi utama yang bermakna kerajaan tidak lagi menunggu rakyat datang mencari perkhidmatan atau […]

Sukan Asia: Skuad takraw ke separuh akhir, misi emas selepas 36 tahun diteruskan

Oleh Muhammad Afiff Md Adnan NAGOYA: Skuad sepak takraw negara melangkah ke separuh akhir acara regu berpasukan selepas muncul juara Kumpulan B, menewaskan India 3-0 pada perlawanan pelengkap kumpulan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya City Mizuho Arena, di sini hari ini. Malaysia bakal berdepan naib juara Kumpulan A, sama ada Korea Selatan atau […]

Suspek curi buah sawit positif dadah

BEAUFORT: Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri buah sawit di sebuah kebun milik orang lain di Kampung Darat, Menumbok, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, penahanan suspek dibuat hasil tindakan pantas anggota Balai Polis Menumbok susulan maklumat berkaitan kehilangan buah sawit di kebun […]

Pokok tumbang hempap dua kereta

KOTA KINABALU: Dua kereta mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak, hadapan Wisma Merdeka, di sini, pagi tadi. Pokok Angsana berkenaan tumbang berhampiran lampu isyarat sebelum menghalang dua laluan jalan raya dan menghempap sebuah Perodua Axia serta Perodua Alza. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Mejar (PA) Aizex Junior […]

ECoS sita kelengkapan elektrik, perkakas gas tanpa label keselamatan

KOTA KINABALU: Energy Commission of Sabah (ECoS) mempergiatkan penguatkuasaan terhadap penjualan kelengkapan elektrik dan perkakas gas yang tidak mempunyai label atau penandaan keselamatan diluluskan di Sabah. Dalam operasi pada 17 September lalu, ECoS memeriksa empat premis di sekitar Kota Kinabalu yang disyaki menjual kelengkapan elektrik dan perkakas gas tanpa label atau penandaan keselamatan ditetapkan. Operasi […]

Impian Jaclyn Victor bersama MPO jadi kenyataan, cabar diri nyanyi opera itali

KUALA LUMPUR: Impian penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor untuk menjayakan konsert solo diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal menjadi kenyataan pada 17 Okt depan, menerusi penganjuran pementasan khas di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini. Konsert bertajuk ‘Jaclyn Victor – Gemilang Bersama MPO’ itu akan dipimpin oleh konduktor muzik berpengalaman Ahmad Muriz Che Rose dan […]