SDBHD rancang perniagaan baharu untuk jana pendapatan, peluang pekerjaan

KOTA KINABALU: Sabah Development Berhad (SDBHD), merancang perniagaan baharu yang berpotensi memberi pulangan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat negeri ini. Pelan perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dijelaskan oleh Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika kunjungan hormat di kediaman rasminya, di […]

Dua pemandu lori ditahan selepas rakaman pemanduan berbahaya tular

TAWAU: Dua pemandu lori ditahan polis selepas rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan aksi pemanduan berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna-Tawau, tular di media sosial. Rakaman itu memaparkan sebuah lori dipercayai memotong beberapa kenderaan secara berbahaya sehingga hampir melanggar sebuah motosikal. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung […]

Ahmad Zahid seru ahli UMNO syukuri keputusan, hormati proses pengampunan Najib

JAKARTA: Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tetap menjaga adab dan menghormati proses yang ditetapkan. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sejak awal mengambil pendekatan penuh tertib dan rendah hati dalam membawa permohonan berkenaan menerusi saluran yang ditetapkan. “Penghormatan […]

Agong perkenan pengampunan bersyarat Najib, jalani baki hukuman di rumah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam […]

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU: Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peningkatan itu berikutan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir membabitkan dua syarikat minyak antarabangsa dan empat syarikat minyak Malaysia dalam tempoh empat tahun akan […]

272 warga Filipina dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 272 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan melalui laut bagi tahun ini. Semua tahanan dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu sebelum menaiki feri komersial ke Pelabuhan Bongao, Filipina. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) […]

Proses pelupusan dadah RM120.43 juta selesai

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah selesai melupuskan pelbagai barang kes dadah bernilai RM120.43 juta di Tapak Pelupusan Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. Proses bermula jam 7 pagi itu membabitkan barang kes daripada 5,732 kertas siasatan yang dibawa menggunakan empat palet merangkumi 93 kotak. Pelupusan berkenaan disaksikan […]

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan

TAWAU: Tiga rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, awal pagi ini. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, seramai 18 anggota bersama jentera FRT, […]

Lelaki warga asing ditahan bersama pistol, syabu

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan bersama sepucuk pistol semi-automatik dalam serbuan di sebuah bilik penginapan di Jalan Dunlop, di sini, semalam. Serbuan itu turut membawa kepada penemuan tiga butir peluru dan dadah disyaki syabu seberat 901.35 gram di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan penginapan berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi […]

Tiga lelaki dicekup, peralatan pecah rumah dirampas

TAWAU: Tiga lelaki berusia antara 17 hingga 38 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah membabitkan kerugian kira-kira RM20,000 di Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam operasi di Lorong Jurangan […]