Tekong lari, 1,020 paket minyak masak subsidi dirampas

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup 1,020 paket minyak masak bersubsidi selepas menahan sebuah bot di perairan Sungai Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Zon Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 5 pagi ketika pasukan sedang menjalankan […]

Betis tertusuk besi ketika bertukang

TAMBUNAN: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas betisnya tertusuk besi ketika melakukan kerja pertukangan rumah, di sini, hari ini. Mangsa warga Indonesia berusia 34 tahun itu dibawa rakan sekerjanya ke Bahagian Kecemasan Hospital Tambunan untuk mendapatkan rawatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Penolong Penguasa Bomba Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan daripada […]

Cuba lari, bergelut sebelum dicekup bersama syabu

TUARAN: Seorang lelaki cuba melarikan diri dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan polis sebelum ditahan bersama 69.61 gram syabu di Taman Telipok Ria, Telipok, di sini, kelmarin. Suspek warga Filipina berusia 21 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan menggunakan kekerasan minimum dalam Ops Gempur Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen […]

Aduan Facebook bongkar lima pengedar syabu di Bongawan

PAPAR: Aduan orang awam menerusi Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah membawa kepada penahanan lima lelaki dipercayai pengedar dadah dan rampasan 87.22 gram syabu di Kampung Silat, Bongawan, di sini. Malah, serbuan menerusi Op Gempur Khas oleh pasukan JSJN Sabah hasil aduan itu turut menemukan dua laras senapang angin dan satu objek menyerupai […]

Liga Super: Sang Badak tewas lagi di Likas

KOTA KINABALU: Sang Badak sekali lagi gagal mempertahankan kubu kuatnya apabila ditundukkan DPMM FC 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. Kekalahan di tangan skuad dari negara jiran itu adalah yang kedua selepas tewas 0-2 di tangan pasukan negeri jiran, Kuching City FC pada 5 September lalu. Dalam aksi malam ini, tuan […]

Kos meningkat ancam daya saing pelancongan Sabah menjelang VSY2027

KOTA KINABALU: Kenaikan kos penerbangan, bahan api dan operasi penginapan dikhuatiri menjejaskan daya saing industri pelancongan Sabah menjelang pelaksanaan Visit Sabah Year 2027 (VSY2027). Lima badan industri pelancongan negeri berkata peningkatan kos berkenaan akhirnya memberi kesan kepada harga pakej pelancongan dan berpotensi menyebabkan Sabah dilihat kurang kompetitif berbanding destinasi lain di rantau ini. Sabah Tourism […]

KKM buat perancangan, unjuran bagi hadapi peningkatan pesakit di hospital kerajaan

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat perancangan dan unjuran mengenai keperluan perkhidmatan kesihatan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit di hospital awam susulan kenaikan kos insurans kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata usaha itu dibuat sebagai sebahagian perancangan harian dan jangka panjang sektor kesihatan awam, termasuk dari segi keperluan […]

SPR akan laksana kajian persempadanan bahagian pilihan raya tertakluk pindaan Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun. Beliau berkata SPR mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak pada Jumaat lepas. Penambahan kerusi […]

Sabah Moto Day bawa mesej disiplin, keselamatan jalan raya

KOTA KINABALU: Sabah Moto Day 9.0 bukan sekadar acara permotoran, malah membawa mesej penting supaya komuniti permotoran sentiasa mengutamakan disiplin, keselamatan, tanggungjawab dan semangat kesukanan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata program yang kini memasuki edisi kesembilan itu berkembang sebagai platform menghimpunkan anak muda, komuniti permotoran, usahawan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak dalam suasana […]

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Jangan buat gimik, laksanakan segera – Victor

TAMBUNAN: Pengumuman penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu diharap bukan sekadar gimik, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan dan pelaksanaan sebenar. Menyatakan harapan itu, penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) DUN Tambunan, Datuk Victor P Paut, berkata pengumuman berkenaan adalah perkembangan yang sememangnya dinanti-nantikan rakyat di Sabah […]