Piala FA: Tenang Sang Badak, yakin saja lawan Selangor

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC diingatkan supaya kekal tenang, berdisiplin dan yakin jika mahu menyingkirkan Selangor FC pada aksi timbal balik Pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor, malam ini. Nasihat itu dilontarkan Ketua Jurulatihnya, Juan Torres Garrido, sebagai petua berdepan skuad Gergasi Merah yang dijangka bermain lebih garang di […]

Lima maut helikopter BO-105 terhempas di Sarawak

KOTA KINABALU: Lima individu termasuk empat petugas kesihatan dan seorang juruterbang disahkan meninggal dunia selepas helikopter BO-105 yang melakukan penerbangan perkhidmatan doktor udara terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini. Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Borneo Post. Beliau berkata, kesemua lima individu yang […]

Status mangsa helikopter terhempas belum dipastikan, jerebu antara cabaran SAR – Polis

KUCHING: Status kesemua lima individu di dalam sebuah helikopter yang terhempas di hujung landasan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) petang tadi masih belum dapat dipastikan. Pesuruhjaya Polis sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata maklumat awal mendapati helikopter milik sebuah syarikat swasta itu disewa bagi perkhidmatan doktor udara membabitkan tiga lokasi, iaitu dari […]

Gerak-geri pelik bongkar syabu dalam poket

KOTA BELUD: Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki membawa kepada penemuan dadah disyaki syabu dalam operasi di Kampung Pintasan, di sini, hari ini. Suspek tempatan berusia 36 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Belud ketika menjalankan Op Tapis Dadah kira-kira jam 2 petang. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri […]

Tuntutan 40 peratus dibincang pada mesyuarat MA63 Jumaat ini – KM

KUNAK: Kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan dan isu yang belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih yang menjadi hak Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat berkaitan MA63 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kota […]

Usaha tangani masalah infrastruktur dipergiat, RM1 bilion untuk bekalan air – KM

SEMPORNA: Kerajaan negeri terus mempergiat usaha menangani masalah infrastruktur yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu, termasuk berkaitan jalan raya, bekalan air dan elektrik. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata lebih RM1 bilion kini dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai projek berkaitan bekalan air di seluruh Sabah. “Terdapat dua tiga projek besar yang akan siap tidak lama lagi. […]

Pembangunan Sabah dipergiat di setiap daerah – KM

SEMPORNA: Pembangunan Sabah tidak hanya tertumpu di ibu negeri atau bandar besar, sebaliknya dipergiatkan di setiap daerah mengikut keperluan dan kekuatan masing-masing sebagai ruang untuk terus membangun dan berkembang. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata atas sebab itu pembangunan komersial yang dilaksanakan di Jalan Bubul, di sini, perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan […]

Jerebu: Kerajaan perlu buat keputusan jelas, bukan serah kepada ibu bapa – Pemimpin Warisan

KOTA KINABALU: Kerajaan sepatutnya membuat keputusan yang jelas dan seragam, bukannya memindahkan tanggungjawab kepada ibu bapa sama ada menghantar atau tidak anak mereka ke sekolah disebabkan jerebu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata walaupun langkah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan membenarkan ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah adalah baik, ia bukan […]

Tembaga pencawang lesap, rugi RM25,000

BEAUFORT: Kehilangan komponen tembaga bernilai kira-kira RM25,000 di Pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Bandar Mingo, di sini, dipercayai akibat dicuri. Kejadian disedari selepas pintu pencawang terbabit ditemukan mempunyai kesan umpil, manakala komponen membabitkan ‘busbar earthing’ dan sambungan ‘busbar’ dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu […]

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam bilik

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Pasir, Labuan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 4.20 petang. Superintendan Khairul Shah Peri. Menurutnya, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia […]