Penampang Preppies pertahan gelaran juara kejohanan renang

PENAMPANG: Penampang Preppies Swimming Club (PPSC) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Renang Penampang Preppies edisi ke-16 di Kompleks Sukan Penampang yang berlangsung selama dua hari pada 4 dan 5 September lalu. Juara bertahan itu mempamerkan penguasaan hebat dengan mengumpul 31 pingat emas, 24 perak dan 34 gangsa sepanjang kejohanan […]
Kerajaan teliti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran Numbak

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek akan bersama-sama meneliti cadangan untuk menempatkan sementara pelajar yang terjejas akibat kebakaran di Numbak baru-baru ini di asrama sekolah yang mempunyai kekosongan. Mustapha berkata cadangan awal itu adalah antara langkah bagi memastikan proses pembelajaran pelajar […]
Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang aspek kesihatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini. Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian. “Saya faham kebimbangan ibu bapa melihat keadaan jerebu ketika ini. Kebimbangan […]
Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Tagal

TAWAU: Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Tagal, Kampung Kijang, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa orang awam ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Remaja maut motosikal terbabas, langgar penghadang besi

BEAUFORT: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar penghadang besi di Jalan Kota Klias – Kampung Betandok, di sini, semalam. Dalam kejadian 5.50 petang itu, mangsa berusia 17 tahun mengalami kecederaan pada muka dan anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Beaufort. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, […]
Bekalan simen terganggu, dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) memaklumkan berlaku gangguan bekalan simen di pasaran ketika ini berikutan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kilang simen CIS di Teluk Sepangar. Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf, berkata selain kerja penyelenggaraan, kelewatan ketibaan kapal yang membawa bahan mentah klinker dan simen pukal turut menyumbang kepada gangguan bekalan di […]
Ranau jadi pilihan peniaga, usahawan kembangkan bisnes

RANAU: Daerah ini semakin menjadi pilihan peniaga luar untuk mengembangkan perniagaan masing-masing menerusi pembukaan pelbagai premis baharu bagi menarik pelanggan setempat. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata situasi itu memperlihatkan Ranau semakin berkembang sebagai daerah yang berpotensi besar dalam sektorperniagaan seiring kemajuan ekonomi dan kerancakan pembangunannya. Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata, […]
Liga Super: Mujagic kecewakan bekas pasukan di Likas

KOTA KINABALU: Bekas penyerang Sabah FC, Ajdin Mujagic membuatkan Sang Badak kecewa apabila menjaring dua gol untuk Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. Mujagic yang kini bersama Kuching City menjaring gol pada minit keempat dan ke-21 untuk membolehkan pasukan pelawat itu menewaskan tuan rumah 0-2. Kedua-dua jaringan Mujagic berpunca […]
133 PATI ditahan dalam 20 operasi di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 133 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk 27 kanak-kanak, ditahan dalam 20 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh Sabah. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan malam ini berkata, operasi berkenaan dilaksanakan di pelbagai lokasi strategik bermula 27 Ogos hingga 3 September lalu. Menurutnya, seramai 289 individu diperiksa sepanjang operasi itu sebelum […]
KKM mula tempatkan pakar perubatan tetap di beberapa hospital di Sabah – Menteri

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menempatkan pakar perubatan tetap di beberapa hospital di Sabah seperti Kota Marudu dan Beaufort sebagai langkah mengatasi kekurangan tenaga pakar di negeri ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata usaha itu juga melengkapkan inisiatif kementerian menggerakkan penggiliran pakar ke kawasan luar bandar Sabah. “Sasaran tiga […]