Sasaran 4 juta pelancong ke Sabah tahun ini mampu dicapai – KM

KOTA BELUD: Sabah berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran empat juta pelawat tahun ini, selepas mencatat kira-kira 2.6 juta ketibaan setakat Ogos lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata dengan prestasi yang lebih kukuh pada suku keempat, beliau yakin sasaran empat juta itu masih boleh dicapai. “Sabah menerima kira-kira 1.1 juta ketibaan […]

Pemberian khas interim RM1.5 bilion bukan ganti tuntutan 40 peratus hasil Sabah

KOTA KINABALU: Pemberian Khas interim RM1.5 bilion dari kerajaan Persekutuan kepada Sabah tidak pernah dianggap sebagai pengganti kepada penyelesaian tuntutan 40 peratus negeri ini seperti didakwa sesetengah pihak. Menegaskan perkara itu, Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Ahmad Farid Sainuri, berkata jumlah itu adalah bayaran sementara sehingga proses menentukan nilai sebenar […]

Kegiatan simpan isirung sawit tanpa lesen terbongkar, RM709,000 dirampas

LAHAD DATU: Aktiviti memindahkan isirung kelapa sawit dari sebuah lori treler ke premis tidak bernombor membongkar kegiatan penyimpanan komoditi itu tanpa lesen membabitkan rampasan bernilai RM709,000 di Jalan POIC, di sini, semalam. Serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah itu membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 54 dan 35 tahun, manakala beberapa individu lain […]

USIA, NGO Islam Sabah bantah program ‘Israel & New Breed’ di KK

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam Sabah dan Labuan menyatakan bantahan tegas terhadap penganjuran program ‘Israel & New Breed – Till The Whole World Knows Tour 2026’ di Sabah. Menerusi kenyataan bersama Unit Komunikasi USIA dan NGO Islam Sabah, program yang dijadual berlangsung di Hakka Hall, di sini, […]

Dua remaja cedera terjun tingkap selamatkan diri dalam kebakaran

PITAS: Dua remaja perempuan cedera selepas melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Dandun, di sini, awal pagi tadi. Mangsa masing-masing berusia 18 dan 13 tahun dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Penolong Penguasa […]

Tujuh dekad bersama, air mata Tun M iringi perjalanan akhir Siti Hasmah

Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar KUALA LUMPUR: Selepas tujuh dekad melayari kehidupan bersama, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berdepan detik paling sukar apabila terpaksa mengiringi pemergian isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dr Mahathir, yang menggunakan kerusi roda dan mengenakan tiub oksigen, tetap setia mengiringi perjalanan terakhir insan yang menjadi pendamping hidupnya […]

Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan

PENAMPANG: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Donggongon, di sini, hari ini. Mangsa berusia 38 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan di bahagian belakang bangunan berkenaan kira-kira jam 12.36 tengah hari. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh […]

Tun Dr Siti Hasmah tokoh yang disegani, jadi inspirasi rakyat Malaysia – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Isnin. Menerusi hantaran di Facebook, Hajiji menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia atas jasa, sumbangan dan dedikasinya kepada negara. […]

Pusat Kerjasama WHO bagi Malaria Zoonotik di UMS pencapaian penting bagi Sabah

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaria Zoonotik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) disifatkan sebagai satu pencapaian penting bagi Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembukaan pusat itu mengiktiraf kepakaran dan sumbangan UMS dalam penyelidikan malaria, khususnya kajian mengenai Plasmodium knowlesi. “Ia adalah satu pencapaian yang bukan sahaja membawa […]

Hujan berterusan, beberapa laluan Sepanggar, Telipok dinaiki air

KOTA KINABALU: Hujan berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa laluan sekitar Sepanggar dan Telipok dinaiki air sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan, hari ini. Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan air melimpah ke jalan raya termasuk di laluan dari Sepanggar menuju ke Sabah Ports serta kawasan di hadapan Indah Permai. Keadaan itu menyebabkan kenderaan […]