Lagu patriotik, satu melodi seribu jiwa

Oleh Sakini Mohd Said Melodi mungkin berubah mengikut zaman, namun kuasa sesebuah lagu patriotik melangkaui sekadar bait dan irama dalam menyemarakkan kecintaan kepada negara serta rasa kebersamaan. Biarpun begitu, dengan evolusi landskap muzik dan gaya hidup, mampukah lagu patriotik kekal relevan sekali gus menyentuh jiwa generasi hari ini, itu dikupas dalam laporan akhir dua siri. […]

Mangsa ketiga ditemukan tidak jauh dari dua mangsa terdahulu

KOTA KINABALU: Mangsa ketiga yang hilang dalam kebakaran kira-kira 200 rumah atas air di Numbak, di sini, ditemukan pasukan bomba, hari ini. Mangsa ditemukan pada 7.46 pagi, tidak jauh dari lokasi dua mangsa pertama yang masing-masing ditemukan rentung pada 6.40 dan 7.20 pagi ketika operasi pemadaman dijalankan. Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Hasrul Abd, […]

Dua rentung, seorang lagi masih hilang dalam kebakaran 200 rumah

KOTA KINABALU: Dua mangsa ditemukan rentung, manakala seorang lagi masih hilang selepas kebakaran memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di Numbak, di sini, awal pagi hari ini. Ketiga-tiga mangsa yang dikhuatiri hilang itu terdiri daripada dua beradik dan seorang sepupu. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hannis […]

Ratusan rumah atas air musnah terbakar di Kampung Numbak

KOTA KINABALU: Ratusan rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Kampung Numbak, di sini, awal pagi hari ini. Kebakaran yang berlaku kira-kira 1.30 pagi itu menyebabkan api merebak pantas dari sebuah rumah ke rumah lain berikutan kedudukan struktur yang rapat. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd […]

Gagasan Rakyat umum senarai gabungan muka lama, baharu Ketua Bahagian

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) hari ini mengumumkan pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) yang baharu melalui penstrukturan semula bahagian mengikut kawasan Parlimen. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden PGRS, berkata penstrukturan dan pelantikan itu sebagai satu langkah penting memperkukuh struktur organisasi serta memperkasa kepimpinan parti di peringkat bahagian. Katanya, pelantikan […]

Aaron-Wooi Yik digandingkan semula selepas Sukan Asia 2026 – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Lee Chong Wei mengesahkan beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan digandingkan semula selepas tamat Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt. Chong Wei berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan “hati ke hati” antara beliau, barisan […]

Ibu bapa perlu beri kesedaran, peringatan elak anak terjebak “akaun keldai” – Ewon

PENAMPANG: Ibu bapa perlu memberi kesedaran dan mengingatkan anak-anak, khususnya golongan remaja supaya tidak terjebak dengan sindiket “akaun keldai” yang boleh menyebabkan mereka berdepan tindakan undang-undang. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick berkata tindakan membenarkan pihak lain menggunakan akaun boleh menyebabkan pemilik akaun berdepan tindakan undang-undang […]

Siasatan RCI Tabung Haji diteruskan bagi elak negara terus tanggung rugi – Anwar

BUKIT MERTAJAM: Siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diteruskan bagi memastikan negara tidak berterusan menanggung kerugian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya hasil siasatan mendapati wujud kesalahan, namun proses berkenaan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang. “Macam […]

369 atlet berentap dalam Kejohanan Terbuka Taekwondo SSTA

KOTA KINABALU: Seramai 369 atlet mempamerkan kehebatan masing-masing dalam Kejohanan Jemputan Terbuka Kebangsaan Persatuan Taekwondo Negeri Sabah (SSTA) 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Penganjuran kali kedua itu menghimpunkan atlet dari Sabah, Sarawak, Selangor dan Perak serta dijangka menarik kira-kira 1,000 pengunjung sepanjang kejohanan berlangsung hingga esok. Kejohanan yang berlangsung di Wisma Lembaga […]

Lebih tiga tan minyak masak dirampas di jeti tidak berdaftar

SEMPORNA: Lebih tiga tan minyak masak peket dipercayai cuba diseleweng dirampas dalam serbuan di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Tanjung Kapor, di sini, semalam. Serbuan kira-kira 7.20 pagi oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara […]