Warga emas dipenjara 15 tahun, sebat 10 kali selepas mengaku rogol anak kandung

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis. Tertuduh berumur 61 tahun itu didakwa merogol anak perempuannya yang ketika kejadian berusia 12 tahun tiga bulan, iaitu pada Februari tahun lalu. Bekas pekerja kilang itu membuat […]
Lelaki dipenjara 36 bulan kerana memiliki beruk, tenggiling

TAWAU: Seorang lelaki dipenjara masing-masing 36 bulan dan 24 bulan selepas mengaku bersalah memiliki dua jenis hidupan liar dilindungi tanpa kebenaran ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis. Tertuduh, Jufrie Abu, 42 berdepan pertuduhan memiliki seekor beruk (Macaca nemestrina) dan seekor tenggiling (Manis javanica) ketika diperiksa Jabatan Hidupan Liar Sabah di Kampung Kalumpang, […]
Stor perabot terbakar di Papar

PAPAR: Sebuah stor penyimpanan perabot milik Seri Jati Perabot Baru terbakar dalam kejadian di sini, petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Ronny Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 petang sebelum jentera tiba di lokasi dua minit kemudian. Katanya, kebakaran membabitkan bahagian stor penyimpanan perabot dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan. […]
SKM Sabah bawa Jualan Madani Koperasi ke Pulau Sebatik

TAWAU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah menganjurkan Program Jualan Madani Koperasi (JMK) Sempena Bulan Kemerdekaan 2026 di perkarangan Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, Tawau, pada Khamis. Program yang disempurnakan Pengarah SKM Sabah, Awg Ruslli Mohammad itu membolehkan penduduk setempat membeli barangan keperluan harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus, merangkumi minyak masak, tepung gandum, […]
Limau manis Beaufort, rumbia akan dikembangkan semula – Ruslan

BEAUFORT: Imej daerah ini sebagai pengeluar limau manis terkenal di Sabah satu ketika dahulu, selain memiliki tanaman rumbia yang luas akan dipulihkan menerusi usaha mengembangkan semula kedua-dua tanaman itu. Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Ruslan Muharam, berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah sedang mengenal pasti tanah yang sesuai […]
Pastikan pertahanan, pengawasan maritim, kawalan sempadan Sabah cukup – Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan perkembangan di Pulau Balabac, selatan Filipina perlu dipandang serius berikutan kedudukannya yang begitu hampir dengan Sabah. Ia berkaitan kerjasama ketenteraan Amerika Syarikat – Filipina di kawasan selatan negara jiran itu, termasuk perkembangan di Pulau Balabac yang dibangunkan sebagai tapak ketenteraan Filipina. Bagaimanapun, bekas Ketua […]
Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga 3 petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 3 petang ini. MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan). Amaran sama turut dikeluarkan di Kedah bagi kawasan Yan, Kuala Muda dan Kulim. Sementara itu di […]
Azmin dipelawa sertai semula PKR? Saya tidak dimaklumkan – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu. “Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan […]
Pemandu tertidur, penumpang maut kereta terbalik dalam parit

TAWAU: Seorang wanita warga Indonesia maut selepas kereta Proton Saga dinaiki terbabas, melanggar pokok sebelum terbalik ke dalam parit di Batu 16, Jalan Apas, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.26 petang itu, mangsa berusia 24 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam ketika menerima rawatan di Hospital […]
PM arah kenal pasti segera rakyat Malaysia terjejas di Nepal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir kilat di Nepal. Anwar berkata arahan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar, termasuk usaha menghubungi kementerian serta kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal. “Saya […]