Tiga lelaki ditahan curi tayar kereta di Beaufort

BEAUFORT: Belum sempat polis mendapatkan semula tayar yang dicuri, tiga lelaki dipercayai terbabit dalam dua kes kecurian tayar kereta di Kampung Bingkul dan Kampung Binunuk, di sini, berjaya ditahan. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, suspek pertama ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di kawasan tempat letak […]
Bomba selamatkan 70 rumah daripada terbakar

KOTA KINABALU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 70 rumah daripada turut terbakar dalam kebakaran di Kampung Inanam Laut, Inanam, malam ini. Kebakaran itu memusnahkan dua rumah separuh kekal, tiga bilik sewa dan tiga kenderaan, manakala sebuah lagi kereta terbakar kira-kira 10 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor […]
AWCL: Sabah FA tersingkir selepas tewas 2-0 di tangan East Bengal FC

KOTA KINABALU: Sabah FA gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC 2026/27 apabila tewas 2-0 pada perlawanan penentuan Kumpulan A Peringkat Awal AWCL di Stadium Likas, di sini, malam ini. Perlawanan malam ini menyaksikan lawan Sabah, East Bengal FC dari India muncul pemenang bagi Kumpulan A dan layak ke peringkat […]
Sabah atasi kutipan emas di Sarawak

SUBANG JAYA: Sabah mengatasi kutipan pingat emas SUKMA Sarawak 2024 selepas menuai lima pingat emas disamping enam perak dan lapan gangsa pada hari kedua terakhir SUKMA XXII Selangor 2026 hari ini (Ahad). Tuaian hari ini tersebut menjadikan keseluruhan pencapaian 30 emas, 26 perak dan 35 gangsa (setakat jam 7.00 malam Ahad), mengatasi kutipan 29 pingat […]
Mangsa terakhir lemas di Sungai Pagalan ditemukan

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pagalan berakhir selepas mangsa terakhir ditemukan, petang hari ini. Mangsa, Khend Romel Ponce Caceres, 13, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 3.55 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui berkata, mangsa ditemukan pada […]
Seorang ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang

KENINGAU: Seorang daripada dua remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pagalan berhampiran Jeti Feri Pagalan, Jalan Bakti Logam, di sini, ditemukan meninggal dunia, hari ini. Mangsa, Jastey Goment, 16, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 10.34 pagi, kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas. Ketua Balai Bomba […]
Pekerja kontraktor maut terkena renjatan, Sabah Electricity beri kerjasama penuh siasatan

SANDAKAN: Sabah Electricity memberi jaminan akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyebabkan seorang pekerja kontraktor meninggal akibat terkena renjatan ketika melakukan kerja menukar tiang, semalam. Sabah Electricity dalam kenyataannya berkata, semua kerja berkaitan di lokasi berkenaan sudah dihentikan sementara sehingga siasatan selesai. Menurut kenyataan itu, insiden berkenaan turut […]
Perhentian kecil kereta api di laluan Sembulan-Kinarut beroperasi mulai Oktober

KOTA KINABALU: Enam perhentian kecil kereta api yang siap dibina di sepanjang laluan Stesen Sembulan-Kinarut bakal beroperasi mulai Oktober depan bagi memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan kereta api di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri, Datuk Ewon Benedick, berkata enam perhentian itu ialah Perhentian Kecil Lok Kawi, […]
Lebih 500 bekas ahli STAR, Warisan dan KDM sertai PGRS Tambunan

TAMBUNAN: Lebih 500 bekas ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bertindak keluar parti untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tambunan pada Sabtu. Daripada jumlah itu, kira-kira 300 adalah bekas ahli dari enam cawangan STAR Tambunan yang diketuai bekas Ketua Kempennya, Patricia Yusuf, diikuti seramai 120 […]
Hajiji iringi Perdana Menteri pada Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) di Istana Nurul Iman, di sini pada Sabtu. Hajiji turut menghadiri mesyuarat pra-majlis ALC-27 di Hotel Empire yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Jumaat. Turut bersama Hajiji ialah Premier Sarawak, Tan […]