AWCL: Misi ‘do or die’ lawan East Bengal FC – Bobby

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FA, Bobby Gonzales menyifatkan pertemuan pasukan bimbingannya dengan East Bengal FC dari India, Ahad ini, sebagai misi ‘do or die’. Katanya, perlawanan akhir Kumpulan A aksi Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 itu pasti sangat mencabar bagi anak buahnya. Beliau berkata, misi itu terpaksa dilalui dan lebih penting […]

Masuk semula selamatkan nenek, bapa saudara

KOTA KINABALU: Sudah berjaya menyelamatkan diri, namun kasih terhadap nenek dan bapa saudara menyebabkan Nurul Asyiqin Alinor, 29, nekad masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar. Bagaimanapun, usaha terakhir wanita itu berakhir dengan tragedi apabila dia terperangkap sebelum ditemukan rentung bersama neneknya, Loupin Adow, 67, dan bapa saudaranya, Azman Maduin, 50. Menurut penduduk Kampung […]

Tiga sekeluarga rentung, seorang melecur dalam kebakaran rumah

KOTA KINABALU: Seorang warga emas bersama anak lelaki dan cucunya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Darau, Menggatal, di sini, awal pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Loupin Adow, 67; anaknya, Azman Maduin, 50; dan cucunya, Nurul Asyiqin Alinor, 29. Suami kepada Nurul yang berusia 34 tahun pula mengalami kecederaan melecur sebelum dibawa ke […]

144 PATI dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 144 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau dalam Program Pemindahan Tahanan PATI, hari ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, semua tahanan terbabit dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan sebelum dibawa ke Pelabuhan Tawau. “Mereka kemudian […]

AWCL: Sabah diasak Rajshahi Stars dari Bangladesh sebelum menang tipis 2-1

KOTA KINABALU: Sabah FA berdepan saingan sengit Rajshahi Stars FC dari Bangladesh untuk menang tipis 2-1 pada perlawanan keempat Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 bagi Kumpulan A di Stadium Likas, di sini, malam ini. Kedua-dua gol Sabah itu dijaringkan penyerang importnya, Enzi Hekima Starks Broussard, masing-masing pada minit ke-41 dan minit ke-79. […]

SUKMA XXII : Evan Rich hadiah emas ke-13 Sabah

KAJANG: Pemanah muda Sabah, Evan Rich Chong Qi Wei, muncul penyumbang terbaharu kontinjen negeri itu apabila menghadiahkan pingat emas ke-13 menerusi acara recurve perseorangan lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini. Beraksi di Stadium Institut Penilaian Negara (INSPEN), pemanah berusia 18 tahun itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan wakil tuan rumah, Muhammad […]

Hibiscus Petroleum semai kesedaran generasi pelindung bakau masa depan

KOTA KINABALU: Hibiscus Petroleum terus memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dan penglibatan komuniti menerusi Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Bakau 2026 di Darau Wetland Eco Tourism, Menggatal, dekat sini. Program yang berlangsung hari ini menghimpunkan kira-kira 150 peserta terdiri daripada pelajar universiti, pensyarah, anggota komuniti setempat serta kakitangan Hibiscus Petroleum bagi mengikuti pelbagai aktiviti pendidikan […]

Pembentukan Malaysia bantu Sabah, Sarawak tentukan nasib sendiri, bukan untuk dijajah – Lisa Hassan Alban

KOTA KINABALU: Tindakan tokoh nasional tertentu cuba memutar belit semangat sebenar pembentukan Malaysia dengan beranggapan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang perlu dikawal dilihat sesuatu yang mengecewakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Lisa Hassan Alban, berkata apabila ada pihak yang menuntut ‘kuasa pusat yang kuat’ untuk menghalang wilayah daripada ‘memisahkan diri’, mereka bukan […]

Tanah orang lain ‘dijual’, empat direman kes rasuah RM900,000

KENINGAU: Tanah milik individu lain yang tidak pernah ditawarkan untuk dijual dipercayai menjadi bahan urus niaga sindiket jual beli tanah membabitkan rasuah kira-kira RM900,000. Kegiatan itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan empat lelaki termasuk seorang bekas pegawai adat dan penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dua lagi yang ditahan adalah […]

Sambutan Hari Sabah tekankan peranan generasi muda sebagai pewaris negeri

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah selepas acara Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Bandaraya pada 31 Ogos ini memberi penekanan kepada golongan belia dan generasi muda sebagai pewaris masa depan negeri. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sambutan pada sebelah malam yang turut diadakan di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu itu bukan saja menjadi […]