Remaja maut motosikal terbabas ke dalam parit

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Tinagat, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu mangsa, Jaar Patilona, 16, warga asing maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan […]
LRA Kogopon dan loji muka sauk Kabang mula operasi pada Ogos, November

PAPAR: Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon berkapasiti 80 juta liter sehari (MLD) dan loji muka sauk Kabang yang baharu, di sini dijangka mula beroperasi masing-masing pada November dan Ogos tahun ini. Kedua-dua projek itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air di kawasan Papar, Putatan dan Kimanis. Sehubungan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor […]
Di sebalik kubu musuh, saksikan ‘serangan briged’ tiga negara

KOTA BELUD: Bunyi letupan bertalu-talu memecah kesunyian hutan, disusuli tembakan yang tidak putus-putus ketika ratusan anggota tentera Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia mara menawan kubu musuh di puncak bukit. Dari sebalik kubu Red Force, hanya beberapa meter daripada anggota yang sedang “bertempur”, penulis menyaksikan sendiri bagaimana operasi serangan briged dilaksanakan dalam Eksais Keris Strike Siri […]
Dua lelaki ditahan disyaki peras ugut mangsa

TAWAU: Tindakan dua lelaki tempatan dipercayai memeras ugut seorang lelaki dengan mengancam mahu mendedahkan kejadian tertentu berakhir apabila kedua-duanya ditahan polis dalam satu operasi di kawasan kaki lima sebuah pusat beli-belah, di sini. Kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau susulan laporan polis yang dibuat […]
Siasat segera dakwaan palsu ‘Sultan Sulu’ terhadap kerajaan Sabah – PAKAS

TUARAN: Satu laporan polis dibuat berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan dan bahan visual mengelirukan berkaitan Sabah yang disifatkan berpotensi menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara jika tidak ditangani segera. Laporan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Amal Kembara Aspirasi Sabah (PAKAS) selaku Pengasas TigaSatuTiga Channel, Keyafatullah Malik Aman di Ibu Pejabat Polis […]
Segerakan langkah tangani isu parking di HQE, HQE2 dan Klinik Kesihatan Luyang

KOTA KINABALU: Kerajaan digesa mempercepatkan pelaksanaan langkah penyelesaian jangka pendek masalah letak kereta di Hospital Queen Elizabeth (HQE), HQE2 dan Klinik Kesihatan Luyang, di sini seperti dijelaskan pada Persidangan DUN minggu lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata langkah jangka pendek seperti penyediaan ruang letak kereta sementara, penambahbaikan aliran trafik dan […]
Agensi teknikal buat penilaian cadangan mitigasi banjir di DUN Lumadan

BEAUFORT: Tiga agensi teknikal turun padang meninjau cadangan kerja mitigasi banjir di beberapa lokasi yang sering terjejas akibat bencana itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, di sini, pada Isnin. Agensi terbabit, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) turun padang bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat […]
Dua stor barangan elektrik terbakar di Inanam

KOTA KINABALU: Dua stor penyimpanan barangan elektrik di tingkat satu dan tingkat dua sebuah premis kedai di hadapan sebuah stesen minyak di Inanam, di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.44 pagi itu, kebakaran membabitkan stor penyimpanan barangan elektrik di premis kedai jenis kekal, namun tiada mangsa dilaporkan terbabit. Ketua […]
Kereta musnah terbakar di Kampung Sentosa Tawau

TAWAU: Sebuah kereta jenis Toyota Vios musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan JPJ Hill Top, Kampung Sentosa, di sini, lewat malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.21 malam. Katanya, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender […]
Dua penghuni sempat selamatkan diri sebelum rumah kedai hangus

KENINGAU: Dua penghuni sempat menyelamatkan diri beberapa minit sebelum rumah kedai yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Patikang, Kampung Perkaya, di sini, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, kedua-dua mangsa berjaya keluar dari rumah sebelum api marak dan memusnahkan keseluruhan bangunan jenis tidak kekal seluas 335 meter persegi. Ketua Balai Bomba […]