Baru dua bulan berkursus, ERT hotel berjaya padam kebakaran

KOTA KINABALU: Baru dua bulan menjalani kursus Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), kakitangan sebuah hotel di bandar raya ini berjaya membuktikan keberkesanan latihan diterima apabila bertindak pantas memadam kebakaran membabitkan lima unit kompresor penghawa dingin, hari ini. Kejadian berlaku di tingkat 24 sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, dan tindakan awal pasukan ERT hotel […]
PPM tumpaskan stor rokok seludup, rampas lebih RM500,000

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan rokok tidak bercukai selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor di Kampung Sungai Keling, di sini, hari ini. Dalam operasi yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan. Komander Ahmad Amri […]
Dua kanak-kanak lemas ketika mandi kolam

SANDAKAN: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi dalam sebuah kolam terbiar dalam kejadian di Jalan Sungai Manila, dekat sini, petang tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang tadi dengan mangsa dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, dan seorang lagi berusia 11 tahun yang belum diperolehi identitinya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, […]
Sidang DUN: Bina Rumah Kasih, bukan kondominium – Junz Wong

KOTA KINABALU: Bina Rumah Kasih Rakyat atau perumahan mampu milik dan bukan kondominium atau pusat beli belah di tapak rumah pangsa Tanjung Aru. Perkara itu adalah antara tiga isu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong ketika Persidangan DUN Sabah, di sini, pada Isnin. Pemimpin Parti Warisan itu berkata, penduduk asal […]
Mengamuk tidak dapat wang, lelaki positif dadah ditahan

BEAUFORT: Berang selepas tidak diberikan wang oleh ibunya, seorang lelaki bertindak mengamuk dan mengugut ahli keluarga sebelum dipercayai menampar anak saudaranya dalam kejadian di daerah ini. Suspek berusia 25 tahun itu kemudiannya ditahan polis sebelum hasil saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh […]
Sidang DUN: 25,000 penduduk Putatan berdepan masalah air, JANS diminta proaktif tangani isu

KOTA KINABALU: Dianggarkan antara 10,000 hingga 25,000 penduduk di sekitar daerah Putatan terkesan teruk berikutan kegagalan fungsi sistem agihan air, terutama pada waktu puncak. Mendedahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, mahu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membelanjakan peruntukan secara bersasar untuk Putatan. Katanya, peruntukan kira-kira RM201 juta diagihkan […]
Chester Pang terus terajui KREATIF Sabah bagi penggal 2026-2028

KOTA KINABALU: Chester Pang Thien Fook terus diberi kepercayaan untuk menerajui Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF Sabah) selepas dipilih sebagai Pengerusi bagi penggal 2026-2028 pada Mesyuarat Agung Pertama pertubuhan itu yang berlangsung di sebuah hotel di Inanam, di sini. Pemilihan itu dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hala tuju gabungan yang menghimpunkan pelbagai persatuan […]
Laluan dua hala LPB kini dari Kinarut ke Sungai Damit, Membakut

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya dari selatan ibu negeri kini boleh memandu dengan lebih lancar berikutan pembukaan laluan dua hala Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) bermula dari Jambatan Bongawan sejak Sabtu lalu. Pembukaan laluan dua hala itu diumumkan menerusi laman Facebook Pan Borneo Sabah sebagai makluman kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini LPB Sabah. “Orang […]
Sidang DUN: Kaji semula BUDI Diesel, naik kuota kepada 500 liter sebulan – Masiung

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan Persekutuan dituntut supaya mengkaji semula subsidi BUDI Diesel di Sabah dan Sarawak mengikut kesesuaian geografi dan jarak perjalanan antara kampung dan bandar yang jauh berbeza berbanding negeri di Semenanjung. Pengerusi Backbencher DUN Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata kuota pembelian BUDI Diesel sebanyak 200 liter sebulan bagi setiap kenderaan persendirian adalah tidak […]
Rhinos Cup 2026 platform lahirkan bakat baharu bola sepak Sabah

TUARAN: Penganjuran Rhinos Cup (Sportink) 2026 dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bola sepak akar umbi di Sabah dengan menyediakan platform terbaik untuk mencungkil serta menggilap bakat muda yang berpotensi mewakili negeri ini di pentas lebih tinggi. Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji, berkata kejohanan itu […]