Jesselton Berselawat 2026 angkat nilai kasih sayang dan perpaduan

KOTA KINABALU: Jesselton Berselawat 2026 yang berlangsung di Jeti DBKK, di sini, pada 18 Julai 2026 berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyemarakkan budaya berselawat serta mengangkat nilai kasih sayang dan perpaduan. Inisiatif Sekretariat Borneo Berselawat (SBB) itu membawa tema ‘Menjunjung Adab & Keharmonian’ dengan slogan ‘Dari Borneo Untuk Rasulullah SAW’ bagi sama-sama berselawat ke […]
Taktik seludup ganja dalam parcel tumpas, enam ditahan

KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki bersama parcel mengandungi 329 gram ganja membawa kepada beberapa serbuan susulan sehingga enam individu termasuk dua wanita ditahan di sekitar bandar raya ini, kelmarin. Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu bermula selepas menerima maklumat daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkaitan […]
Polis tumpas kegiatan pecah rumah, curi motosikal di Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis menahan enam lelaki termasuk tiga remaja menerusi beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan kes pecah rumah, curi dan curi motosikal di sekitar daerah ini. Semua suspek berusia antara 15 hingga 53 tahun ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, antara 15 hingga […]
Warga emas ditahan disyaki rogol wanita OKU

TAWAU: Seorang warga emas ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dalam kejadian di daerah ini. Suspek warga tempatan berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam serbuan di sebuah […]
Dua ditahan, CPO lebih RM400,000 dirampas

TAWAU: Cubaan menyimpan minyak sawit mentah (CPO) tanpa lesen tumpas apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah premis di Kampung Nasib Kita, Balung, di sini, semalam. Dalam serbuan itu, dua individu ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penyimpanan CPO tanpa lesen yang sah. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten […]
Polis giat buru suspek curi kabel di Papar

PAPAR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Takis Hospital, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 2.27 pagi daripada saksi awam. Katanya, saksi mendapat melihat sebuah kereta Perodua […]
Lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ditemukan maut

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika mencuci bot di Sungai Kampung Batu Putih, di sini, petang semalam, ditemukan meninggal dunia awal pagi tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, ditemukan oleh orang awam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dipercayai disambar reptilia berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima […]
Anak lihat bapa dibaham buaya ketika cuci bot

KINABATANGAN: Seorang anak berdepan detik paling mengerikan apabila melihat bapanya dipercayai dibaham seekor buaya sebelum mangsa hilang dari pandangan ketika mereka mencuci bot di Kampung Batu Putih, di sini, petang tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, sehingga kini masih belum ditemukan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darnis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada […]
Kes terbaharu pelajar jatuh di sebuah sekolah di Papar bukan akibat buli – Jabatan Pendidikan

KOTA KINABALU: Tiada unsur jenayah atau buli dalam satu kes pelajar terjatuh yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Papar, baru-baru ini. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam kenyataannya pada Jumaat, berkata perkara itu berdasarkan siasatan awal pihak sekolah terhadap insiden itu. Berikutan itu, jabatan berkenaan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih […]
Polis Penampang nafi infografik ‘laporan tangkapan kes khianat’ tular

PENAMPANG: Polis Penampang menafikan sekeras-kerasnya kesahihan satu infografik bertajuk “Laporan Tangkapan Kes Khianat” yang tular di pelbagai platform media sosial sejak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, infografik berkenaan adalah palsu, tidak sahih dan bukan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kandungan berkenaan menggunakan logo rasmi PDRM, format penyampaian serta memaparkan […]