Inkues Zara Qairina: Kelayakan saksi pakar lantikan keluarga arwah dipertikai, mahkamah bakal buat keputusan

KOTA KINABALU: Status kelayakan Dr Noor Aishah Rosli sebagai saksi pakar dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan diputuskan Mahkamah Koroner. Ia selepas saksi yang dipanggil pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina itu didapati tidak berdaftar sebagai pakar psikologi klinikal kanak-kanak di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). Semakan semula status […]
BUDI Diesel untuk Sabah dijangka ditambah baik

RANAU: Pelaksanaan BUDI Diesel di Sabah dijangka ditambah baik dalam dua tiga minggu lagi hasil libat urus kerajaan negeri bersama kementerian Persekutuan yang berkaitan. Menyatakan perkara itu, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata beliau yakin akan ada penambahbaikan selepas keluhan mengenai pelaksanaan BUDI Diesel dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet negeri. Beliau […]
Kebakaran musnahkan setor, homestay di Kundasang rosak 30 peratus

KOTA KINABALU: Sebuah setor musnah sepenuhnya manakala sebuah homestay mengalami kerosakan 30 peratus dalam kebakaran di Puteri Nabalu Lodge, Kundasang, petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 5.22 petang. “Pasukan dari BBP Ranau yang dianggotai 10 anggota tiba di lokasi pada […]
Naib Ketua, AJK STAR Bingkor keluar parti

KENINGAU: Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bingkor mengumumkan keputusan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta pada Selasa. Keputusan itu dibuat pada satu majlis khas diketuai Naib Ketua Bahagian STAR Bingkor, Danil Palangi dan dihadiri beberapa Ahli Jawatankuasa STAR Bahagian Bingkor yang lain. Menerusi satu kenyataan, Danil berkata keputusan berkenaan […]
Pelajar UiTM maut dirempuh pacuan empat roda ketika ke tempat praktikal

TAWAU: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Jalan Tawau-Bombalai, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat […]
Inkues Zara Qairina: Saksi mengaku bukan pakar psikologi klinikal kanak-kanak berdaftar

KOTA KINABALU: Saksi ke-76 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku bukan seorang pakar psikologi klinikal kanak-kanak yang berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC). Dr Noor Aishah Rosli yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, di sini, sejak Isnin, memberitahu mahkamah yang beliau memiliki dua kelayakan sebagai kaunselor dan […]
Pondok doa di Putatan diceroboh, polis siasat unsur khianat

PENAMPANG: Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian khianat membabitkan sebuah pondok doa di kawasan Sinundu Miracle Hill, Kampung Duvanson, Putatan yang ditemui dalam keadaan berselerak dan dipercayai dirosakkan individu tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam sebelum siasatan segera dijalankan. Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati […]
Ketua Geng Upik didakwa terbabit pengubahan wang haram berjumlah RM821,950

KOTA KINABALU: Ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Upik’ berdepan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM821,950 ketika dihadapkan ke mahkamah, di sini, pada Selasa. Tertuduh, Maslan Sani, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di […]
Dua wanita diselamatkan selepas terperangkap dalam lif

SANDAKAN: Dua wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih 30 minit dalam lif dalam kejadian di Wisma Persekutuan, Batu 7, di sini, hari ini. Kedua-dua wanita itu dipercayai menaiki lif sebelum berlaku gangguan bekalan elektrik menyebabkan mereka terperangkap dalam lif ketika berada di tingkat enam bangunan berkenaan, kira-kira jam 7.30 pagi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah […]
Pelaksanaan Budi Diesel perlu ambil kira realiti geografi, struktur ekonomi Sabah – Nizam

KOTA KINABALU: Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel perlu terus diperhalusi dengan mengambil kira realiti geografi, corak pergerakan penduduk dan struktur ekonomi Sabah yang berbeza dengan negeri lain. Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, aspek itu perlu diteliti berikutan kedudukan Sabah sebagai negeri yang luas dengan jarak perjalanan antara […]