15 penyokong bertuah menang pakej ke Old Trafford pada himpunan terbesar peminat United di KK

KOTA KINABALU: Seramai 15 penyokong bertuah Manchester United membawa pulang pakej lawatan lengkap ke Stadium Old Trafford selepas memenangi cabutan bertuah pada Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia Kali Ke-8 yang berlangsung di Dewan Hakka, di sini, malam tadi. Majlis berkenaan turut mencipta sejarah apabila menghimpunkan kira-kira 1,200 penyokong Manchester United dari seluruh negara serta […]

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,700 paket minyak masak bersubsidi

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 1,700 paket minyak masak bersubsidi dalam operasi di perairan Sandakan, awal pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, berkata rampasan dilakukan kira-kira jam 3 pagi hasil maklumat awam mengenai sebuah perahu yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jeti Nelayan Kampung […]

Benih siakap, udang galah dilepas di Sungai Padas

TENOM: Sebanyak 1,000 benih ikan siakap dan 2,500 benih udang galah dilepaskan ke Sungai Padas berhampiran Jambatan Baharu Tenom pada satu program, di sini, pada Sabtu. Sumbangan benih ikan itu disalurkan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar sebagai sebahagian usaha memperkaya sumber perikanan sungai dan menyokong pembangunan kawasan rekreasi di daerah ini […]

Wiranita STAR Bingkor keluar parti

KENINGAU: Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bingkor, Jennifer Epil mengumumkan peletakan jawatan dan penarikan diri daripada parti, berkuatkuasa serta-merta. Menerusi satu kenyataan pada Ahad, beliau yang juga Naib Exco Wiranita STAR, berkata keputusan itu turut disertai sebahagian Ahli Jawatankuasa Wiranita STAR Bahagian Bingkor. Katanya, mereka mencapai kata sepakat untuk menarik diri daripada […]

Lelaki maut dalam kebakaran kilang kitar semula, disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran sebuah kilang kitar semula di Simpang Durian Batu 2, Kampung Durian, di sini, petang tadi. Mangsa, Muhammad Alpian Abdullah, disahkan meninggal dunia selepas diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad […]

Sembilan gerai, tiga kenderaan musnah terbakar di Sandakan

SANDAKAN: Sembilan gerai jenis separuh kekal di Kampung Pening Lalat, Karamunting, di sini musnah dalam kebakaran yang turut memusnahkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian. Katanya, operasi membabitkan 16 […]

Suami tetak isteri ditahan selepas serah diri

KOTA MARUDU: Lelaki yang dipercayai menetak isterinya menggunakan parang sehingga mengalami 14 kecederaan di Kampung Mangkupa, di sini, semalam, berjaya ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Kota Marudu, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa wanita tempatan berusia 40 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital […]

Inkues Zara: Pakar bebas setuju tidak boleh bercanggah dengan dapatan pemeriksa Jabatan Kimia

KOTA KINABALU: Seorang pakar tulisan tangan dan pemeriksa dokumen bersetuju dapatannya tidak boleh bercanggah dengan pakar pemeriksa dokumen lain berhubung tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Perkara itu dijelaskan pakar tulisan tangan dan pemeriksa dokumen, Dr Linthini Gannetion pada prosiding inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis. Saksi ke-74 itu yang […]

Bapa penghidap kanser kanak-kanak rayu bantuan tunaikan hajat terakhir anak

RANAU: “Kami sudah berjuang sedaya upaya, tetapi kini kami benar-benar buntu.” Itu luahan hati Brendon Salion, seorang bapa yang kini merayu bantuan orang ramai bagi menunaikan hajat terakhir anak perempuannya, Mikasa Elle Brendon, 6, yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat sejak 2023. Menurut Brendon, pelbagai ikhtiar sudah dilakukan sepanjang hampir tiga tahun anaknya menjalani […]

Ribuan penyokong dijangka meriahkan Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia

KOTA KINABALU: Ribuan penyokong Manchester United dijangka membanjiri Dewan Hakka, di sini, Sabtu ini, sempena Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia Kali Ke-8, selepas semua tiket rasmi habis dijual. Pengerusi penganjur, Bryan Faurillo, berkata semua tetamu disaran hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, khususnya berikutan ruang parkir yang terhad di lokasi majlis. Katanya, sambutan terhadap […]