91 warga asing ditahan JIM dalam operasi bersepadu

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 91 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan di empat daerah, semalam. Hasil operasi Ops Selera, Ops Belanja, Ops Serkap, Ops Sapu dan Ops Kutip berkenaan, seramai 373 individu diperiksa melibatkan pelbagai lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi tumpuan warga asing. Dalam kenyataan yang dikeluarkan […]

Rangka manusia ditemukan dalam parit, polis mohon bantuan orang ramai

LAHAD DATU: Penduduk di kawasan turunan Bukit Taman Pertama 1, di sini, gempar apabila menemui rangka manusia di dalam sebuah parit, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.53 pagi itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menerima panggilan melalui talian MERS999 daripada orang awam yang memaklumkan penemuan berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan […]

Op Tiris 4.0: Stor seleweng diesel bersubsidi diserbu, lelaki ditahan

PENAMPANG: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang dipercayai beroperasi di sebuah stor di Jalan Kobusak, di sini, terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang menerusi Op Tiris 4.0 itu, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan bagi membantu […]

19 disyaki ahli pertubuhan haram ditahan ketika sambutan ulang tahun kumpulan

KENINGAU: Seramai 19 lelaki yang disyaki terbabit sebagai ahli sebuah pertubuhan haram ditahan ketika menghadiri sambutan ulang tahun kumpulan itu dalam Op Cantas Bersepadu (Gangsterisme) di sebuah premis makanan di Jalan Masjid, Keningau malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 9 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen […]

Dua pekerja melecur selepas kompresor kilang meletup, terbakar

KENINGAU: Dua pekerja mengalami kecederaan melecur selepas sebuah kompresor mesin pemotong kayu meletup dan terbakar dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Kuala Biah, di sini, petang tadi. Kebakaran turut memusnahkan sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser yang berada berhampiran lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya […]

Rokok seludup RM24.2 juta dirampas di perairan Pulau Sipadan

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan rokok tidak bercukai bernilai RM24.2 juta dalam operasi di perairan selatan Pulau Sipadan, Semporna, semalam. Dalam operasi menerusi Op Sejahtera dan Op Tiris itu, sebanyak 3,014 peti rokok pelbagai jenama dirampas, manakala 20 kru dan nakhoda warga asing turut ditahan bagi membantu siasatan. Pengarah […]

PPM rampas rokok seludup hampir RM600,000

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan rampasan bernilai RM593,800 dalam satu operasi di Jalan Sin On Tiku, di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 9 malam itu, dua lelaki warga tempatan berusia 35 dan 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Komander PPM Wilayah 4 […]

Kanak-kanak maut dirempuh dua kenderaan ketika melintas jalan

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Kesapang, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa yang dipercayai sedang memancing di parit kiri dan kanan jalan berhampiran lokasi kejadian. Mangsa kemudian dipercayai tiba-tiba berlari ke arah jalan raya sebelum dirempuh […]

Buli bukan hal remeh, Akta Antibuli 2026 wajar disokong

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Akta Antibuli 2026 yang mula berkuat kuasa pada 16 Jun lalu sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap mangsa buli serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan berteraskan nilai kemanusiaan. Pengerusinya, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata penguatkuasaan akta berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan dalam […]

Madius tuntut penjelasan isu persetujuan Sabah dalam pelaksanaan AKPS

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menuntut penjelasan jelas daripada Kerajaan Persekutuan berhubung sama ada persetujuan rasmi Kerajaan Sabah diperoleh sebelum pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 (AKPS) diperluaskan ke negeri itu. Beliau berkata, persoalan yang dibangkitkannya di Parlimen sebelum ini masih belum dijawab secara langsung walaupun penjelasan […]