Pemandu Hilux ekori ambulans di Kundasang kena tindakan

RANAU: Tindakan seorang lelaki memandu dan memotong kenderaan secara berbahaya di Jalan Kundasang – Mesilou, di sini, mengundang padah apabila dikenakan tindakan penguatkuasaan polis selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 10 saat yang dimuat naik menerusi Facebook Complaint Sabah kira-kira jam […]

MCMC arah tindakan segera tingkat kualiti liputan komunikasi di Kampung Tinagat

TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi bagi meningkatkan kualiti liputan di Kampung Tinagat di sini, selepas menerima aduan berkaitan perkhidmatan selular yang tidak memuaskan di kawasan berkenaan. MCMC dalam kenyataan memaklumkan, lawatan ke Kampung Tinagat telah dilakukan susulan aduan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri […]

Aktiviti pelancongan dipantau, pastikan operasi telus, bawa manfaat untuk rakyat

KOTA KINABALU: Pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti pelancongan di Semporna sedang diperkukuhkan bagi memastikan semua aktiviti beroperasi secara telus, mematuhi undang-undang dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan secara mampan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arifin, berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua agensi berkaitan untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pelaksanaan dasar […]

PH Sabah nafi guna logo GRS tanding PRU16

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah belum mengadakan sebarang perbincangan atau membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan logo dan bentuk kerjasama dengan parti atau gabungan lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Ketua Penerangannya, Datuk Chan Foong Hin, berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya diumumkan melalui saluran rasmi apabila tiba masanya. “Hakikatnya, sehingga hari […]

Jamawi, Ruji, Yamani Hafez dilantik Ahli Biro Politik PKR Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar dilantik sebagai Ahli Biro Politik (Biropol) PKR Sabah. Nama ADUN Melalap itu bersama dua lagi pemimpin baharu PKR Sabah diumumkan memegang jawatan berkenaan sebagai usaha memperkukuh struktur organisasi PKR di negeri ini. Ketua Penerangan PKR Sabah, Farid Sainuri dalam satu kenyataan pada Isnin […]

Lelaki melecur 80 peratus akibat kebakaran tong gas

PENAMPANG: Seorang lelaki melecur hampir 80 peratus pada anggota badannya selepas tong gas petroleum cecair (LPG) terbakar di sebuah unit pangsapuri di Taman Penampang, di sini, hari ini. Mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan serius akibat kebakaran yang berlaku di ruang dapur kediamannya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno […]

Nasihat tsunami ditamatkan

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menamatkan nasihat tsunami yang dikeluarkan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di Mindanao, Filipina, pagi tadi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12 tengah hari ini, MET Malaysia memaklumkan nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi telah ditamatkan. Terdahulu, MET Malaysia mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi […]

Suami isteri ditahan, ganja hampir 300 gram dirampas

PENAMPANG: Kegiatan dipercayai mengedar ganja yang dijalankan sepasang suami isteri berakhir apabila kedua-duanya diberkas dalam dua operasi berasingan di sekitar Putatan dan Penampang, 4 Jun lalu. Dalam operasi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut merampas ganja seberat 294.66 gram dengan nilai anggaran RM2,950. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, […]

Bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihati penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter yang berlaku di Mindanao, Selatan Filipina, pagi Isnin. Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah terbabit sudah diaktifkan bagi […]

Amaran tsunami di Sabah susulan gempa bumi kuat 7.9 magnitud di Mindanao

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran tsunami bagi beberapa kawasan pantai di Sabah susulan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi ini. METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, gempa bumi berkenaan dikesan berlaku pada jam 7.37 pagi tadi berpusat di koordinat 5.7° Utara dan 125.1° Timur, dengan kedalaman […]