Dua warga asing ditahan disyaki buat bom ikan

SEMPORNA: Taktik dua warga asing menjadikan dua rumah di Kampung Hidayat, Pulau Bum Bum sebagai lokasi menghasilkan bom ikan terbongkar apabila diserbu polis, semalam. Serbuan kira-kira jam 11 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 25 dan 24 tahun serta rampasan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan. Ketua Polis […]
Kilang ais blok diserbu, aset RM2.1 juta dirampas

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan sebuah premis pengeluaran ais blok dipercayai beroperasi tanpa kelulusan dan lesen dalam operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Khamis. Menurut kenyataan Batalion 14 PGA Tawau, operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu disasarkan ke atas premis Fresh Ice […]
Operator kilang didakwa rogol adik kandung

LAHAD DATU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik kandung sehingga hamil pada Disember tahun lalu. Operator kilang berumur 31 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhailla Selag. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol adik kandung perempuannya berusia […]
675 liter petrol dirampas, lelaki ditahan di jeti

SEMPORNA: Cubaan menyimpan dan memiliki sejumlah besar petrol tanpa kebenaran gagal apabila seorang lelaki ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Jeti Kampung Air, Pekan Semporna, di sini, semalam. Dalam operasi yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak itu, sebanyak 675 liter petrol bersama sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin sangkut Yamaha […]
Lebih 20,000 petak parkir di pusat bandar raya, DBKK galak orang ramai guna kemudahan disediakan

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan bahawa kemudahan tempat letak kereta di pusat bandar adalah mencukupi dengan lebih 20,000 petak parkir disediakan bagi memastikan kelancaran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta keselesaan pengunjung. DBKK menjelaskan, ketika ini kira-kira 4,005 petak parkir awam disediakan di kawasan pusat bandar dan sekitarnya, selain beberapa kemudahan parkir […]
Dituduh ceroboh tanah, dua individu mengaku tidak bersalah

TAWAU: Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah milik sebuah syarikat dengan niat mengganggu operasi pekerja syarikat itu, bulan lalu. Tertuduh, masing-masing seorang penyelia dan juruukur kanan sebuah syarikat perlombongan emas bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum. Kedua-dua tertuduh, Chok Kat Leong, 65, dan […]
Tiga lelaki ditahan, 1,000 liter diesel dirampas

BEAUFORT: Taktik menggunakan kenderaan yang diubah suai bagi memindahkan diesel gagal apabila tiga lelaki ditahan dan 1,000 liter bahan api itu dirampas dalam operasi penguatkuasaan di sebuah stesen minyak di Pekan Beaufort, dekat sini. Rampasan turut membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, pam minyak elektrik, hos dan dokumen berkaitan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM23,320. Kes […]
18 lelaki ditahan susulan dua pergaduhan di Kampung Air

KOTA KINABALU: Polis menahan 18 lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan yang berlaku di Kampung Air, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4 pagi, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an cedera di bahagian betis kanan selepas dipercayai ditikam menggunakan objek tajam yang disyaki duri pari ketika berada di sebuah […]
Dua lelaki ditahan bersama ekstasi, ketamin bernilai RM83,000

KOTA KINABALU: Dua lelaki diberkas selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di kawasan Inanam, di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 7 malam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah merampas pelbagai jenis dadah termasuk serbuk ekstasi dan ketamin bernilai keseluruhan lebih RM83,000. Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, kedua-dua […]
Sumbangan RM10,000 bukti komitmen sokong atlet Sabah

KOTA KINABALU: Sumbangan RM10,000 kepada Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan untuk menyokong pembangunan sukan serta menyuntik semangat atlet Sabah yang membawa cabaran negeri di peringkat kebangsaan. Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn. Bhd. merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Datuk […]