PPM patahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan menggunakan bot laju di kawasan Sungai Kampung Mangkalinau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sepasukan PPM Sandakan yang menjalankan Ops Gelora menggunakan bot ronda mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan. Barang kawalan yang cuba diselewengkan dirampas PPM dalam Ops Gelora […]

BERTEMPIARAN LARI TINGGALKAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI SELEPAS DISERBU POLIS

SANDAKAN: Sekumpulan individu yang sedang memunggah sejumlah paket minyak masak bersubsidi dalam bungkusan plastik hitam bertempiaran lari selepas mereka diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, di kawasan laut Pasar Umum, di sini, semalam. Dalam kejadian 6.10 petang, individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan bandar dengan meninggalkan beberapa bungkusan plastik hitam yang berada di dalam […]

SELEWENG PENJUALAN MINYAK MASAK, LIMA LELAKI DICEKUP

SANDAKAN: Pasukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan lima lelaki selepas dipercayai terbabit kegiatan penyelewengan 7,633 kilogram minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Gereja, Batu Sembilan, di sini, Sabtu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, serbuan dijalankan selepas risikan selama seminggu dijalankan […]