Anifah dilantik Senator Dewan Negara

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di Kuala Lumpur, hari ini. Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sokongan dan kepercayaan dalam pelantikan beliau sebagai senator. […]