Lelaki hilang ketika memancing ditemui lemas

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di laut di Jeti Sepanggar dekat Chemical Industry, di sini, ditemui lemas, hari ini. Mangsa, Anuar Abd Hakim, 26, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di kawasan laut berkenaan, jam 10.38 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia […]
Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sepanggar

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Jeti Sepanggar dekat Chemical Industry, di sini, petang tadi. Mangsa Anuar Abd Hakim, 26, dikatakan masuk ke kawasan berkenaan tanpa pengetahuan dan memancing ikan di atas sebuah tongkang sebelum jatuh ke dalam laut dan tidak timbul. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia […]
Masalah bekalan air, berdialog lebih baik dari demonstrasi – MP Sepanggar

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud berkata, adalah lebih baik sesi dialog diadakan antara penduduk dengan pihak berwajib berhubung masalah air di Sepanggar berbanding mengadakan demonstrasi. Beliau turut menyeru kepada kumpulan yang ingin berdemonstrasi di pejabat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) agar dapat mengutarakan masalah mereka mengikut saluran yang betul. “Isu sebenar krisis air […]
Seorang tidak sedar diri, 4 selamat terhidu gas beracun

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tidak sedarkan diri manakala empat rakan sekerjanya selamat selepas terhidu gas beracun dipercayai daripada sebuah tong berisi ikan yang busuk di sebuah jeti di Sepanggar, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, Jirol Carumpi, 23, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala empat lagi mangsa berusia 19 hingga […]
JANS digesa atasi masalah air yang ‘menghantui’ penduduk Sepanggar

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menggesa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya mengambil langkah drastik dalam menangani krisis air yang menghantui penduduk di kawasan Parlimen berkenaan. Katanya, projek Loji Rawatan Air Telibong Dua perlu diberi fokus untuk disiapkan segera selain Kerajaan Persekutuan sebelum menyatakan kesediaan untuk membantu kerajaan negeri dalam aspek pemberian peruntukan. […]