Tragedi bot karam : Satu mayat ditemui, seorang mangsa masih hilang

SEPULUT: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sinsingon, di sini, hari ini. Mayat Lasimin Mantun, 38 tahun ditemui pasukan bomba dan penduduk kampung, jam 9.30 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi […]

Tragedi bot karam di Sepulut, seorang mangsa ditemui hari ini

SEPULUT: Seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, di sini, pada Selasa, ditemui mati lemas, hari ini. Mangsa Joffizan Joffrinos, 9 tahun ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam, kira-kira 4.30 petang. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian hari ketiga […]

Operasi mencari tiga mangsa bot karam termasuk 2 beradik diteruskan

SEPULUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa termasuk dua beradik yang hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, di sini, kelmarin diteruskan pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, SAR hari ketiga dimulakan pada 8.31 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam […]

Bot karam: Wanita lemas, 2 anaknya hilang di sungai

SEPULUT: Seorang wanita ditemui lemas manakala tiga individu termasuk dua anaknya dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, di sini, semalam. Mangsa lemas Lerina Rody, 26, ditemui oleh penduduk kampung, kira-kira 3 petang, manakala dua lagi anaknya Joffinoz Joffrinos dan Carbrineleyvonne masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun belum ditemui. Suami mangsa, […]