DUA DISYAKI AHLI SINDIKET DADAH DIBERKAS

TAWAU: Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di kawasan perumahan berhampiran bandar Tawau, di sini, semalam. Serbuan jam 4.30 pagi dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau turut merampas 1,033.30 gram dadah jenis syabu bernilai RM60,000. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]