KUDAT BERPOTENSI JADI TARIKAN UTAMA PELANCONGAN DESA
KUDAT: Kecantikan alam semula jadi serta pulau-pulau yang mempunyai cerita unik tersendiri antara daya tarikan pelancongan luar bandar berpotensi untuk dimajukan di daerah Kudat. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayan, dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, Kudat digelar sebagai “Bali of Borneo” disebabkan persamaan aktiviti produk pelancongan yang mampu menarik pelancong luar negara sekiranya dikembangkan. […]