Gagasan Rakyat Tambunan sumbang kewangan kepada Belia Pusat Paroki Holy Cross Toboh

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan, hari ini, memberikan sumbangan kewangan kepada Belia Pusat Paroki Holy Cross Toboh Tambunan. Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Penajanya, Datuk Victor P Paut kepada Pengerusi Belia Pusat Paroki Holy Cross Toboh Tambunan, Arnold Wences Linus dalam satu majlis ringkas di pejabatnya, di sini. Victor berkata, sumbangan […]

Gagasan Rakyat Tambunan hulur bantuan kewangan Kaamatan, komputer riba

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) DUN Tambunan, hari ini, menyampaikan sumbangan kewangan Kaamatan kepada tujuh mukim merangkumi 118 buah kampung di Tambunan. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh ketua penaja bahagian Gagasan Rakyat DUN Tambunan, Datuk Victor P Paut kepada pengerusi-pengerusi setiap mukim, di pejabatnya, di Kepayan Ridge, di sini. Selain itu, beliau turut […]

Lelaki OKU hilang ditemukan selamat di Tambunan

TAMBUNAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang di Kampung Kituntul, di sini, Jumaat lalu ditemui selamat, hari ini. Jackson Joseph, 39, ditemui pasukan bomba dan agensi keselamatan lain kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, jam 12.31 tengah hari. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]

ATM laksana inisiatif perumahan untuk veteran dan balu

TAMBUNAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini, melaksanakan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM bagi membantu pembinaan rumah kepada empat veteran dan balu. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, program berkenaan adalah salah satu strategi inisiatif Peningkatan Kualiti Hidup selaras dengan Pelan Strategik MINDEF dalam Teras 7. Katanya, […]

Pemandu maut, treler jatuh gaung

TAMBUNAN: Seorang lelaki maut selepas treler yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke gaung sedalam 28 meter di Kilometer 15 Jalan Tambunan – Ranau, berhampiran Kampung Babagon, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 26 tahun yang tersepit dalam treler mengalami parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua […]

ENAM MOTOSIKAL TIGA RODA MUSNAH KEBAKARAN DI TAMBUNAN

TAMBUNAN: Sebanyak enam motosikal tiga roda musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah garaj di Tambunan Golf and Country Club, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, semua motosikal berkenaan musnah sepenuhnya selepas api dilaporkan merebak terlalu pantas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima […]