Anak panah tertusuk hidung

RANAU: Seorang remaja lelaki cedera selepas hidungnya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan dengan rakannya di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang cedera dihidung dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan. […]