DUA WARGA ASING MAUT DITETAK

SEMPORNA: Dua lelaki warga asing maut selepas ditetak dalam satu pergaduhan di kawasan berhampiran sebuah gereja, di Ladang Pinang, Kalumpang, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang maut berusia 52 dan 57 tahun manakala suspek yang berjaya ditahan selepas pergaduhan itu berusia 29 tahun. Difahamkan, kejadian berlaku selepas berlalu perselisihan antara […]

SIMPAN DENDAM TUJUH TAHUN, LELAKI PARAH DITETAK DI KEPALA

KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah selepas dia ditetak dengan menggunakan parang dalam kejadian di Langkon Commercial Centre, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun terbabit mengalami kecederaan termasuk retak di kepala selepas ditetak menggunakan parang sepanjang 52 sentimeter. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, berdasarkan siasatan […]

LELAKI TETAK TUNANG BEKAS TEMAN WANITA DITAHAN POLIS

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menetak tunang bekas teman wanitanya menggunakan parang dalam kejadian di jejantas berhadapan sebuah bank di Putatan, di sini, 18 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun diserang secara tiba-tiba menggunakan parang. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, […]

SUSPEK KES TETAK BAYI DIPERCAYAI ADA MASALAH KEMURUNGAN

KOTA KINABALU: Polis percaya, suspek kes tetak yang menyebabkan kematian bayi berusia enam bulan dan mencederakan anak saudara di Kinabatangan adalah disebabkan kemurungan. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan dipercayai tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya. “Keadaan ini dipercayai menyebabkan suspek […]

BAYI MAUT DITETAK DATUK SAUDARANYA

KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut akibat tetakan di kepala manakala ibunya parah selepas diserang datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit. Ketua […]