WANITA TIDAK MENGAKU SALAH GUNA DOKUMEN PALSU POHON PROJEK

KOTA KINABALU: Seorang bekas pemilik syarikat mengaku tidak bersalah menggunakan dokumen palsu bagi memohon pembiayaan projek pembersihan bernilai RM150,000 pada 2014 ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Tertuduh, Sarah Diana Michele Durai, 44, berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun […]

WANITA DIPERCAYAI TOKAN DADAH DICEKUP

TAWAU: Seorang wanita warga asing dipercayai tokan dadah dicekup dalam satu serbuan di kawasan Kampung Kuala Merotai, di sini, semalam. Wanita berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai, kira-kira jam 1.40 petang. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat, polis menjalankan serbuan dan pemeriksaan di sebuah […]

WANITA MAUT, DUA RAKAN CEDERA DALAM KEMALANGAN

PENAMPANG: Seorang wanita maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh penghadang jalan di Jalan Penampang Kinarut berhampiran Padimas Point, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Dua lagi rakannya yang berusia […]

WANITA BERSALIN SENDIRI DALAM KERETA DISELAMATKAN BOMBA

KOTA KINABALU: Pasukan bomba menyelamatkan seorang wanita yang melahirkan anak perempuannya dengan sendiri dalam sebuah kenderaan di Jalan Lintas, dekat sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhuhung kejadian itu pada jam 1.50 tengah hari. “Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di situ, didapati benar […]

WANITA MAUT DIBUNUH TEMAN LELAKI ANAK

SANDAKAN: Seorang wanita warga asingditemui maut dengan kesan kelar pada leher dipercayai dibunuh teman lelaki anaknya dalam kejadian di Apartment Taman Sentosa, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal polis mendapatiwanita warga Indonesia berusia 59 tahun berkenaan tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 25 tahun. “Suspek […]