RM107.42 juta bina kompleks OKU, warga tua

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM107.43 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada tahun ini, antara lain bagi meneruskan projek pembinaan kompleks yang diperlukan golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata ia membabitkan pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan warga tua serta pembinaan bangunan Taman Didikan […]