Penunggang motosikal maut kemalangan dengan pacuan empat roda

SEMPORNA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna – Tawau, di sini, pagi ini. Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa, Kassim Anuar, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialaminya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, […]

59 tahun SPRM: Lima teras pacu transformasi banteras rasuah

Oleh Noraizura Ahmad PUTRAJAYA: Menghampiri enam dekad menggalas amanah membanteras rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperhebat strategi untuk memastikan penguatkuasaan, pencegahan dan pemantapan integriti kekal menjadi benteng utama agensi itu. Bersempena dengan ulang tahun ke-59 agensi itu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman menetapkan lima teras kepimpinan sebagai hala […]

Lori ‘sapu’ dua kereta, rempuh stor rumah

TENOM: Sebuah lori membawa muatan batu pasir hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum ‘menyapu’ dua kereta di halaman rumah penduduk dan merempuh sebuah stor di Jalan Batu 34, Tenom-Kemabong-Kuala Tomani, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Perodua Alza dan Proton Saga yang diletakkan di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan, […]

Bangkai gajah ditemui hanyut di Sungai Kinabatangan

KINABATANGAN: Bangkai seekor gajah yang dipercayai hanyut dibawa arus ditemukan di Sungai Kinabatangan, di sini, petang hari ini. Bangkai haiwan berkenaan ditemukan penduduk kira-kira jam 4.30 petang selepas dipercayai hanyut ke hilir sungai dari kawasan Lot 5 menuju Sukau. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pihaknya mengesyaki bangkai berkenaan adalah […]

Harimau Malaya bakal berdepan China pada November

PETALING JAYA: Harimau Malaya dijadualkan menghadapi dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang China di Guangzhou pada 14 dan 17 Nov ini sebagai sebahagian daripada persiapan pasukan kebangsaan untuk meningkatkan kedudukan ranking dunia. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Ab Ghani Hassan berkata dua perlawanan berkenaan penting dalam usaha Harimau Malaya mengumpul mata ranking selain memburu […]

Negara perlu generasi muda berilmu, bersemangat pacu pembangunan negara – Anwar

PUTRAJAYA: Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata bakat dan ciri kepimpinan belia seperti itu amat penting dalam mendepani pelbagai cabaran serta dinamika tadbir urus negara yang bersifat kompleks dan rencam. “Bila […]

Lima individu didakwa berkaitan kes PPRT, tipu dokumen

KOTA KINABALU: Lima individu termasuk empat pemilik syarikat dan seorang pembantu tadbir didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini, atas pelbagai pertuduhan berkaitan penyediaan dokumen dan kerja baik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah. Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) […]

Mahasiswa Borneo jadi jambatan hubungkan komuniti, universiti dan negeri

ALOR GAJAH: Mahasiswa Borneo mempunyai peranan penting sebagai jambatan yang menghubungkan komuniti, universiti dan negeri, selain membantu memperkukuh kefahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal berkata mahasiswa era baharu juga harus celik dengan sejarah bangsa, peka dengan denyut nadi masyarakat dan faham arus pembangunan […]

Jemaah menteri doakan kesihatan Tun Dr Mahathir – Fahmi

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN). Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada Dr Mahathir serta keluarga susulan pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. […]

Pasangan kekasih ditahan bersama syabu RM27,000

BELURAN: Sepasang kekasih ditahan polis selepas ditemukan bersama lima bungkusan syabu seberat 250.32 gram bernilai kira-kira RM27,000 di tepi jalan sebuah kebun kelapa sawit persendirian di Kampung Cenderamata, Tagas-Tagas, di sini, pagi tadi. Pasangan berusia 38 dan 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran kira-kira jam […]